Thursday, March 28, 2013

Isu tanah Kelantan: DAP Perak mahu Najib minta maaf

sinarharian
28 Mac 2013
Isu tanah Kelantan: DAP Perak mahu Najib minta maaf
Koo Ham (kiri) dan Kor Ming pada sidang media, semalam.
IPOH - DAP Perak mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf kepada rakyat kerana berbohong apabila menyentuh isu pemberian tanah ketika berucap pada majlis Bekwoh Bersama Perdana Menteri di Tanah Merah, Kelantan pada 15 Mac lalu.

Pengerusinya, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, ucapan Najib yang memperkatakan mengenai tujuh dosa besar Pakatan Rakyat (PR) terhadap rakyat Kelantan merupakan pembohongan besar.

Katanya, pembohongan paling utama adalah mengenai isu pemberian tanah (termasuk pengambilan balak di Gua Musang) daripada Kerajaan Negeri Kelantan kepada pemimpin DAP Perak bagi membolehkan Menteri Besar Perak dilantik dalam kalangan pemimpin Pas Perak pada 2008.

"PR turut dituduh mencemari Sungai Relai di Gua Musang dengan aktiviti pembalakan berkenaan yang sekali gus menyukarkan kehidupan harian masyarakat di situ.

"Semua yang diperkatakan Najib adalah pembohongan dan tidak benar sama sekali. Kita (DAP Negeri Perak) tak pernah terima tanah daripada Kerajaan Kelantan.

"Kita juga tak pernah terlibat dengan isu balak, termasuk mengambilnya serta tidak terlibat dengan sebarang usaha mencemari Sungai Relai," tegas beliau pada sidang media yang turut dihadiri Setiausaha DAP Negeri Perak, Nga Kor Ming, di sini, semalam.

Dalam perkembangan sama, Koo Ham mencabar Najib membuktikan kebenaran isu pemberian tanah itu agar rakyat dapat mengetahui perkara sebenar.

"Kita cabar Najib buktikan perkara berkenaan. Jika ia didapati tidak benar, maka segeralah buat permohonan maaf. Jika tidak kita (DAP Perak) akan terus berkempen mengatakan beliau seorang pembohong dan tidak layak menjawat jawatan perdana menteri," katanya.

1 comment: