Bayan Lepas: Pengalaman pahit disihir, dibelasah dan dikurung ‘teman
lelaki’, menjadi titik tolak kepada Mohd Khariri Ramli, 35, atau Erin
untuk kembali menjadi lelaki sejati dan meninggalkan dunia mak nyah yang
penuh noda.
Mohd Khariri berkata, ketika menjadi mak nyah dia bukan saja ada
teman lelaki, malah mereka tinggal bersama seolah-olah suami isteri
selama hampir setahun.
“Mula-mula bersama memanglah bahagia, tapi lama kelamaan saya hanya menjadi mangsa belasahannya hingga cedera teruk dan separuh mati.
“Daripada situlah saya mula terfikir untuk bertaubat kerana mula
sedar teman lelaki saya hanya mengambil kesempatan dan menggunakan saya
untuk kepentingan dirinya,” katanya.
Menurutnya, kejadian dia dibelasah dan dikurung teman lelakinya berlaku 10 tahun lalu yang mengakibatkan batang hidung plastik yang digunakannya untuk kelihatan cantik patah, berulat dan terpaksa dibuang.
“Keadaan saya ketika itu cukup sengsara kerana turut disihir menggunakan bomoh Siam dan banyak duit saya dikikisnya,” katanya.
Mohd Khariri yang bertugas sebagai guru di Selangor, menceritakan
pengalaman pahitnya itu ketika ditemui Harian Metro pada Program
Perkhemahan Muhibah 2013 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM), di sini, baru-baru ini.
Program itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan Yayasan Ihtimam Malaysia, dihadiri 30 mak nyah sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Mohd Khariri berkata, berikutan kesengsaraan yang dialami dia
seperti tersedar daripada mimpi dan mula memikirkan sampai bila dia akan
berkeadaan sebegitu.
“Bermula detik itu, saya tekad meninggalkan dunia mak nyah peringkat demi peringkat. Mula-mula insaf lapan tahun lalu, saya masih berpakaian wanita, tapi mula kurangkan pergaulan dan aktiviti dengan kawan mak nyah.
“Kira-kira empat tahun lalu, baru saya ubah terus penampilan dengan berpakaian seperti lelaki dan mendapatkan bimbingan serta rawatan daripada ahli agama di Tanjung Rambutan, Perak,” katanya. myMetro
No comments:
Post a Comment