KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengarahkan pengedar Tapioca
Starch Pearls yang diimport dari syarikat Wang Tai di Taiwan menarik
balik produk makanan tersebut dari pasaran negara ini dan melupuskannya
kerana mengandungi asid maleik yang boleh merosakkan buah pinggang.
Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan kementerian itu,
Noraini Mohd. Othman berkata, sehingga kini sebanyak 66 sampel produk
makanan yang merangkumi tapioca balls atau tapioca pearls, mi dan mihun
kering serta tapioca starch yang diambil di pasaran tempatan telah
dianalisis.
Beliau berkata, keputusan analisis menunjukkan 65 sampel didapati tidak mengandungi asid tersebut.
“Bagaimanapun, pengguna yang telah memakan produk tersebut sebelum
ini tidak perlu bimbang kerana pengambilan asid maleik sekali sekala
pada paras rendah tidak memudaratkan kesihatan,” katanya dalam satu
kenyataan di sini semalam.
No comments:
Post a Comment