9 Jun 2013
Unisel nafi beli Kolej Insaniah
SHAH ALAM – Kerajaan negeri menafikan khabar angin mahu membeli Kolej
Universiti Insaniah (Insaniah) di Alor Setar, Kedah melalui Universiti
Selangor (Unisel) berikutan kolej itu mungkin diswastakan.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, setakat ini tiada perancangan untuk membeli Insaniah.
“Unisel ini dipunyai Kerajaan Selangor dan merupakan universiti negeri, kenapa pula Unisel hendak beli kolej universiti di negeri lain pula? Setakat ini memang tiada cadangan hendak beli,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Sebelum ini, sumber memberitahu Sinar Harian, Insaniah di Alor Setar Kedah mungkin diswastakan apabila timbul desas desus kerajaan Kedah membuka tawaran penjualan saham miliknya kepada beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.
Sumber juga berkata, kerajaan Kedah sudah membuat tawaran itu termasuk kepada Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Aimst dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AiU).
Difahamkan Unisel turut berminat untuk membeli Insaniah.

Assalamualaikum semua,
ReplyDeleteMulakan perniagaan anda sendiri dengan menjual serta iklankan produk
dan perniagaan anda di laman web www.produkmuslim.info
Bangunkan ummah sokongan anda amat dihargai
Terima kasih