KUALA
LUMPUR, 10 Jun – Datuk Seri G. Palanivel telah menafikan mengugut
Barisan Nasional (BN) Perak berhubung jawatan Speaker, mengatakan MIC
hanya meminta sesuatu yang telah menjadi milik parti itu.
Presiden MIC itu mengatakan adalah “salah” untuk melabel kata putus
partinya sebagai ancaman, mengingatkan pengkritiknya jawatan itu
diberikan kepada MIC apabila BN menguasai semula Perak pada 2009 selepas
perebutan kuasa dengan Pakatan Rakyat (PR).
Beliau menambah dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan
Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mencadangkan
kerajaan negeri Perak memulangkan jawatan itu kepada MIC.
“Kita tidak mengancam sesiapa. Kita hanya meminta apa yang dimiliki
oleh kita, Kita telah dinafikan apa yang menjadi milik kita sebelum
pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider melalui email hari ini.
Palanivel mengulas kenyataan Pengerusi Kelab Penyokong BN Perak Datuk
Mohd Khusairi Abdul Talib yang dilaporkan pada Ahad menyelar MIC kerana
tidak mahu mengambil jawatan kerajaan jika tidak diberikan jawatan
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Kenyataan Presiden MIC Datuk G. Palanivel mengenai perkara tersebut
merupakan ancaman jelas terhadap Zambry. Beliau telah membuat dirinya
tidak layak untuk memimpin parti itu," kata Khusairi dipetik berkata
dalam akhbar New Straits Times semalam, merujuk kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Akan tetapi Palanivel mengatakan Zambry seharusnya memberikan komen mengenai perkara itu dan bukan orang lain.
Beliau mengingatkan menteri besar Umno penggal kedua itu, komuniti
India memberikan sokongan kuat kepada calon BN dalam Pilihan Raya 2013,
membantu gabungan itu memenangi negeri tersebut dalam pilihan raya
paling sengit itu.
Dalam Pilihan Raya 2008, kata ahli Parlimen Cameron Highland itu,
masyarakat India telah meninggalkan BN menyebabkan gabungan itu gagal
mempertahankan Perak buat pertama kali.
“Adalah salah mengatakan kita mengamcam. Kita hanya mahukan jawatan speaker itu kembali,” kata beliau dalam kenyataannya.
“Apabila pembangkang berkuasa, kita mempunyai speaker India. Apabila BN mengambil alih, speaker India telah dilantik,” katanya.
Apabila Pakatan Rakyat (PR) menguasai Perak diantara 2008 dan 2009,
jawatan Speaker DUN diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Tronoh pada ketika itu V. Sivakumar dari DAP, orang India pertama dalam
negeri Perak memegang jawatan itu.
Apabila BN kembali memerintah kerajaan negeri, jawatan speaker diberikan kepada Pengerusi MIC Perak Datuk R. Ganesan.The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment