Laluan
peta Larian Olimpik McDonald anjuran Majlis Olimpik Malaysia
menunjukkan bahawa acara itu akan bermula dan berakhir di Dataran
Merdeka.
KUALA LUMPUR, 11 Jun — Rafizi Ramli mendedahkan hari ini tiada acara
akan diadakan di Padang Merbok pada 22 Jun ini, mencadangkan alasan
diberikan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib untuk tidak
membenarkan perhimpunan Pakatan Rakyat (PR) #Black505 kerana tempat itu
digunakan pada tarikh tersebut sebagai tidak benar.
Pengarah strategi PKR itu juga berkata, beliau secara peribadi
menyiasat dakwaan Ahmad semalam dan mendapati Larian Olimpik McDonald
anjuran Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dijadualkan pada 23 Jun di Dataran
Merdeka dan bukannya Padang Merbok.
“Menyemak laman Facebook MOM untuk mendapat maklumat lanjut mengenai
Larian Olimpik McDonald ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“Didapati bahawa larian ini bukanlah berlangsung di Padang Merbok
tetapi bermula dan berakhir di Dataran Merdeka,” tambah beliau lagi.TMI
No comments:
Post a Comment