RAQIB ketika menyertai konsert AF9 dua tahun lalu.
|
KOTA BHARU - Bakat bekas peserta rancangan realiti hiburan Akademi Fantasia ke-9 (AF9),
Fahrur Raqib Abdul Majid atau lebih popular dengan panggilan Raqib
rupa-rupanya bukan sekadar dalam bidang nyanyian tetapi juga dalam
bidang tilawah al-Quran.
Raqib, 22, memecah tradisi apabila menjadi pelajar pertama daripada rancangan realiti AF menyertai Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-56 yang berlangsung di Balai Islam Lundang di sini malam kelmarin.
Beliau yang mewakili Melaka berkata, minatnya yang mendalam terhadap
dunia seni tidak menghalang sama sekali untuk mendalami ilmu al-Quran.
"Sejak daripada sekolah rendah bermula dari tahun dua lagi, saya
telah menyertai tilawah al-Quran dan menjadi johan peringkat negeri dan
kebangsaan ketika di alam persekolahan.
"Pada masa yang sama, saya amat meminati muzik, disebabkan itu saya
menyertai kumpulan nasyid dan sebaik sahaja tamat persekolahan saya
menyertai AF9 dua tahun lepas untuk mengembangkan minat saya dalam muzik.
"Apabila terkeluar daripada AF, saya meneruskan kembali
mendalami ilmu al-Quran dan bagi saya tidak salah untuk menyertai
tilawah serta bergiat dalam bidang seni," katanya.
No comments:
Post a Comment