Malaysiakini Nov 21 2013
Timbalan
Presiden PAS, Mohamad Sabu dan peguamnya yang juga ahli jawatankuasa
pusat, Mohamad Hanipa Maidin mungkin tidak dapat menghadiri muktamar
parti itu esok kerana mereka perlu berada di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur.
Hanipa (kanan) berkata, mereka mungkin terpaksa mengundi dari mahkamah petang esok sekiranya mahkamah tidak membenarkan penangguhan.
"Apapun, kami berdua akan berada di mahkamah pagi esok dan mungkin tidak dapat menghadiri perasmian muktamar oleh presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kerana mahkamah tidak membenarkan penangguhan.
"Tetapi kita akan cuba untuk memohon penangguhan sekejap selepas Mat Sabu memberi keterangan di mahkamah untuk memudahkan kita mengundi di sebelah petang. Jika ini tidak dibenarkan, kami berharap pihak parti akan membenarkan kami mengundi dari mahkamah," katanya kepada Malaysiakini petang ini.
Ini berikutan saman Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar terhadap Mohamad, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak Harakah Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan penulis Aziz Muda.
Penyiaran dua artikel dalam bulan Februari tahun ini dalam penerbitan PAS, Harakah, bertajuk 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai' dan 'Ragu Peranan SPR - Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan' didakwa mengandungi unsur fitnah terhadap timbalan pengerusi SPR itu.
Wan Ahmad (kanan) telah memberi keterangan dalam perbicaraan hari
ini dan mengikut Hanipa, Mat Sabu akan memberi keterangan sebagai defendan pertama dalam saman itu esok.
Hanipa mewakili Mat Sabu dan defendan dalam saman itu manakala Wan Ahmad diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun.
Menurut ahli jawatankuasa pusat PAS itu, mereka telah memohon untuk penangguhan bagi menghadiri muktamar itu kerana ia diadakan setiap dua tahun sekali tetapi Hafarizam bertegas membantahnya, menyebabkan mereka perlu hadir di mahkamah esok.

No comments:
Post a Comment