Dengan pelbagai isu kontroversi membabitkan
agama yang berlaku di negara kini, penganalisis politik menyifatkan
pendekatan Pakatan Rakyat (PR) memberi reaksi tanpa mengambil langkah
proaktif merupakan langkah bijak.
Daripada memberikan reaksi berhubung kontroversi agama, PR dilihat
lebih kerap mendiamkan diri dan tindakan itu membantu mereka untuk tidak
termasuk dalam perangkap Barisan Nasional (BN).
PR baru-baru ini kelihatan lantang memberi kenyataan berhubung isu
kontroversi seperti kalimah Allah, penyembelihan lembu di sekolah, dan
perobohan kuil 101 tahun kuil Sri Muneswarar Kaliyaman di kawasan segi
tiga emas untuk memberi laluan kepada projek pembangunan.
Penganalisis politik, Khoo Kay Peng, berkata PR digambarkan berada
dalam tempoh 'bulan madu" kerana tidak ada keperluan untuk tampil
menyatakan pendirian yang jelas dalam isu agama.
"Strategi utama Pakatan ialah dengan tidak menyatakan pendirian jelas
apabila melibatkan isu yang kabur seperi agama bagi mengelak diserang
oleh Umno.
"Selama ini mereka mengambil langkah tersebut dan membuktikan ia berjaya untuk PR, " katanya.
Penganalisis Politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Professor
Dr Jayum Jawan turut menyokong pendapat tersebut dan berkata, PR
memainkan peranan "politik baik" untuk dilihat kepada umum.
Beliau berkata, bangkit dengan pendirian mungkin membolehkan mereka
senang diserang oleh lawan, maka pendekatan dibawa PR sekarang dilihat
lebih selamat.
"Terus memberi komen dilihat langkah yang bijak daripada menyatakan
pendirikan sekali gus menjadikan mereka terselamat daripada diserang
pihak lawan.
“Maka inilah yang PR lakukan iaitu bermain seolah-olah seperti politik
baik dan anda boleh menjangkakan perkara demikian berlaku dalam parti
politik, " katanya.
Jayum berkata, kelebihan berpihak kepada PR sekiranya parti itu tampil
menyediakan polisi menyeluruh mengenai isu agama kerana ia akhirnya
menyelamatkan parti apabila wujudnya percanggahan kelak selain dapat
membantu mereka daripada mengulangi kenyataan yang sama berulang kali.
"Dengan cara ini, umum dapat melihat mereka sebagai barisan yang bersatu, lebih bersependapat dalam satu hal," katanya.
Bagaimanapun, Khoo berkata, PR perlu meneruskan operasi dengan strategi
sedia ada di mana ia memperlihatkan seolah-olah tiada permintaan rakyat
untuk mereka menyatakan pendirian.
"Apa yang berlaku pada Pakatan adalah isu sentrik iaitu reaksi mereka
berdasarkan kontroversi yang diwujudkan BN terutama Umno, ini
menjelaskan mengapa Pakatan begitu terkenal sekarang ini.
"Mengambil kesempatan daripada kesilapan Umno kemudian berdolak-dalik dalam sesuatu isu jelas berkesan untuk mereka," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, N Surendran, berkata selagi parti itu
tidak mempunyai kuasa mentadbir negara maka PR perlu memastikan mereka
terus konsisten memainkan peranan dalam memberi tekanan kepada kerajaan
untuk mengubah cara menangani isu.
Beliau berkata, peranan parti pembangkang di Malaysia adalah amat penting untuk menangani korupsi dan penindasan kerajaan.
Khoo berkata, alasan mengapa PR selalu dilihat cuba mengelak membuat
pendirian jelas berhubung isu agama kerana ia tidak semestinya
dipersetujui oleh sesama mereka.
"Seperti kes kalimah Allah, ia senang untuk mereka tapi apabila tiba
dalam isu negara Islam dan melaksanakan undang-undang syariah ia amat
sukar bagi mereka menetapkan titik persetujuan," katanya.
Katanya, PR perlu menyatakan pendirian dengan jelas dan tegas berhubung isu agama apabila mereka berjaya menawan Putrajaya.
Surendran yang juga Ahli Parlimen Padang Serai itu berkata, tidak
wajar untuk membuat kesimpulan PR tidak mempunyai pendirian jelas
apabila ia berkaitan dengan isu agama.
"Kami menyuarakan secara terbuka dan bebas menghantar mesej kepada rakyat," katanya.
Ahli Parlimen Kluang dari DAP, Liew Chin Tong, berkata biarpun PR tidak
mempunyai pendirian jelas terhadap isu yang menjejaskan rakyat kerana
mereka terpaksa berhati-hati untuk mengelak daripada jatuh dalam
perangkap Umno dan BN .
Beliau berkata, biasanya Umno akan menggunakan alasan berkaitan masalah
agama dan kaum untuk menjarakkan rakyat dengan pakatan pembangkang.
"Negara ini memerlukan rangka baru dengan sistem politik demokrasi
apabila membenarkan rundingan berkaitan isu agama dan kaum tanpa
melibatkan perjanjian kertas hitam dan putih.
"Apa yang kita ada sekarang ini ialah manipulasi Umno untuk
memecahbelahkan rakyat demi mencapai matlamat mereka, jadi Pakatan perlu
bertindak dengan berhati-hati," katanya.
Beliau berkata,sekiranya Umno berjaya memisahkan PR maka rakyat tidak
lagi mempunyai kerajaan alternatif menggantikan pentadbiran sedia ada.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Mujahid Yusof Rawa turut bersetuju
dengan pendapat Liew apabila PR perlu berhati-hati berdepan dengan isu
berkaitan agama.
Mujahid berkata, isu agama yang wujud kebelakangan ini didakwa
mempunyai unsur politik dan PR perlu berhati-hati dengan jerat BN.
"Sebagai contoh, pembabitan Mahkamah Rayuan dalam memutuskan penggunaan
kalimah Allah dilihat mempunyai unsur politik kerana sebenarnya rakyat
sudah cukup matang dan boleh membuat keputusan bagi mereka sendiri
mengenai hal itu, " katanya.
Beliau berkata, PR mempunyai pendirian jelas berhubung isu agama dan ia
berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam
adalah agama rasmi negara dan rakyat bebas mengamalkan agama lain.
"Ini adalah alasan kami yang paling kukuh dan ini yang selalu kami terangkan kepada rakyat.
“Oleh itu, apa saja yang berlaku dalam dunia politik di negara ini
tidak akan mengubah pendirian PR yang berpaksikan kepada Perlembagaan.
"Kami menyuarakan secara terbuka dan bebas menghantar mesej kepada rakyat," katanya. -17 November, 2013. The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment