31 Mac 2014
Jabatan Imigresen Selangor berjaya membongkar satu sindikit pasport palsu
dengan penahanan sembilan individu warga Indonesia dalam Ops Serkap, awal pagi semalam.
Pengarah Jabatan Imigresen Selangor Amran Ahmad berkata, kejayaan itu
selepas risikan dan penyamaran selama dua minggu anggotanya berhubung
kes terbabit.
Katanya, tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki warga Indonesia
yang ditahan di Jalan Balakong Jaya, Seri Kembangan sebelum membawa ke
sebuah rumah di lokasi lain.
“Dalam operasi yang bermula jam 9 malam Sabtu lalu, lelaki warga Indonesia yang ditahan dipercayai orang tengah untuk mendapatkan pelekat dan pasport palsu.
“Dalam operasi yang bermula jam 9 malam Sabtu lalu, lelaki warga Indonesia yang ditahan dipercayai orang tengah untuk mendapatkan pelekat dan pasport palsu.
“Dengan tertangkapnya lelaki terbabit membawa kepada serbuan sebuah rumah di Jalan Indah, Ampang,” katanya, semalam.
Menurutnya, ketika diserbu, penghuni rumah tidak memberikan kerjasama sehingga memaksa anggota Imigresen memecahkan pintu rumah berkenaan.
Katanya, selepas berjaya masuk, pihaknya menahan tiga lelaki dan lima perempuan yang juga warga Indonesia serta didapati tiada dokumen diri yang sah.
“Lanjutan daripada serbuan berkenaan, pihak Imigresen berjaya menemui beberapa peralatan di atas siling di kedua-dua bilik air.
“Antara yang dirampas adalah komputer riba, mesin pencetak, alat laminator, tiga cop, 10 stampad pelbagai saiz dan warna serta cecair peluntur,” tegasnya.
Menurutnya, pihaknya turut berjaya merampas lima pasport, 36 keping kad pekerja, 21 keping plastik kad laminator dan peralatan lain yang dipercayai digunakan untuk mencetak, memproses pasport serta pelekat palsu. myMetro
No comments:
Post a Comment