Monday, March 31, 2014

Lelaki Ditahan Secret Service Kerana Panjat Pagar Rumah Putih

31 Mac 2014  
Washington - Seorang lelaki telah ditahan kerana memanjat pagar Rumah Putih di Washington.Kejadian itu terjadi pada Ahad  pukul 04.00 pagi waktu tempatan.  Tidak diketahui apa motif sebenar lelaki tersebut.
  
Washington Post melaporkan pada   Isnin (31/3/2014), kejadian itu terjadi di pagar sisi utara White House. Lokasi pagar yang dipanjat berada di Jalan Pennsylvania Avenue NW.

Jurucakap Secret Service, Brian Leary, mengesahkan kejadian tersebut. "Tetapi identitinya belum boleh kita sampaikan," ujar Brian.

Dia mengatakan penahanan lelaki tersebut dilakukan sesuai SOP Secret Service yang berlaku. Ketika kejadian, Presiden Barack Obama berada di lokasi. Obama berada di White House sejak Sabtu usai melakukan kunjungan luar negeranya.

No comments:

Post a Comment