Satinah Pasrah Dipancung
[HM] Semarang/Riyadh: Beberapa hari menjelang tempoh menjelaskan wang
darahnya berakhir, Satinah sempat menghubungi keluarganya dengan masa
yang terhad diberikan pihak penguasa penjara Al-Ghazi, Arab Saudi,
baru-baru ini.
Satinah yang berasal dari Semarang berdepan dengan hukuman dipancung 3
April ini sekiranya gagal menjelaskan wang darah selepas didapati
bersalah membunuh majikannya pada 2006.
Kakaknya, Paeri Al Feri Satinah berkata Satinah memberitahunya dia
pasrah dan berserah kepada Tuhan mengenai nasib yang akan ditempuhnya.
Paeri ketika ditemui wartawan berkata, wanita berkenaan juga meminta
supaya anaknya, Nur Afriana yang berusia 20 tahun dikahwinkan jika
bersedia.
“Beritahu Nur, jika dia sudah bersedia, saya mahu dia kahwin,” kata Paeri, mengulangi kata-kata Satinah kepadanya.
Menurut Paeri, Satinah turut meluahkan rasa rindu kepada keluarga dan jirannya di Susun Mrunten.
Paeri berkata, keluarga Satinah kini hanya boleh berdoa agar dia diampunkan keluarga bekas majikannya.
Satinah didapati bersalah membunuh majikan perempuannya di Gaseem, Arab
Saudi serta tuduhan mencuri wang RS39,970 (RM34,000) Dia mengaku
bersalah melakukan jenayah itu dan dipenjarakan pada 2009.
Hukuman pancung ke atasnya sepatutnya dilaksanakan pada Ogos 2011 tetapi ditunda tiga kali hingga 3 April depan.
Anggota keluarga majikannya sedia mengampunkannya sekiranya dia membayar wang darah RS7 juta (RM6.11 juta).
Setakat ini hanya RS4 juta (RM3 juta) dikumpulkan. untuk membantunya.
“Ramai yang membantu, termasuk kerajaan Indonesia dan Arab Saudi.
Tetapi keluarga bekas majikannya belum mahu menerima jumlah yang ada,” kata Paeri.- Agensi/29/3/14

No comments:
Post a Comment