- Kelihatan kepala lembu diletakkan dihadapan rumah Rayer, pagi tadi. - Foto Sinar Harian oleh SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
GEORGETOWN – [DIKEMASKINI] Suasana pagi Sabtu Adun Seri Delima, RSN
Rayer terganggu apabila satu kepala lembu yang berlumuran darah
diletakkan di hadapan rumahnya di Island Park, dekat sini, pagi tadi.
Beliau berkata kepala lembu itu ditemui isterinya di depan pagar rumah mereka ketika sedang bersiap untuk menghantar anak perempuan mereka ke sekolah.
"Isteri saya melihatnya kira-kira jam 6.45 pagi. Ia penuh dengan darah dan tanpa kulit," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN]
Masih terkejut dengan insiden itu, Rayer bagaimanapun enggan mengaitkan kejadian ini dengan kenyataannya di Dun Pulau Pinang bulan lalu dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk membuat siasatan.
"Saya tidak mahu kata ia ada kaitan dengan itu... tetapi ini kejadian pertama saya hadapi sejak kejadian itu.
“Selepas ini saya akan langkah berwaspada dalam memastikan keselamatan keluarga saya terjamin,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

No comments:
Post a Comment