28/6/14
Oleh Suraya Roslan, Yusmizal Dolah Aling dan Muhaamad Hafis Nawawi
Gombak: Dia sanggup berpanas dan berhujan, malah menjadikan kereta
sebagai rumah selama tiga bulan dipercayai akibat tekanan selepas
kehidupan mewahnya sebagai kontraktor bertukar menjadi papa kedana
apabila perniagaannya mengalami kerugian.
Lebih menyayat hati, lelaki berusia 50-an itu sanggup tinggal
dengan timbunan botol air mineral, bekas makanan dan sisa rokok selain
sampah sarap serta diselubungi najis di dalam kereta Proton Saga
berkenaan sejak Mac lalu.
Selepas pelbagai usaha dilakukan penduduk untuk memujuknya keluar
dari kereta itu kerana bimbang keselamatannya menemui kegagalan, mereka
menghubungi wartawan untuk memaklumkan mengenai keadaan lelaki itu,
kelmarin.
Wartawan yang bergegas ke lokasi sebaik menerima berita itu juga berdepan situasi sukar apabila usaha memujuknya menemui jalan buntu biarpun selepas enam jam cuba mengajaknya keluar dari kereta yang menjadi kediamannya.
Wartawan yang bergegas ke lokasi sebaik menerima berita itu juga berdepan situasi sukar apabila usaha memujuknya menemui jalan buntu biarpun selepas enam jam cuba mengajaknya keluar dari kereta yang menjadi kediamannya.
ANGGOTA bomba memujuk lelaki terbabit keluar dari kereta.
Malah, ikhtiar yang turut disertai Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama beberapa penduduk juga gagal kerana dia langsung tidak mahu memberikan kerjasama, malah mengherdik orang ramai di situ supaya beredar dan tidak mahu diganggu. myMetro
No comments:
Post a Comment