28/6/14
Oleh Adnan Mohamad
Tumpat: Keluarga wanita Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 30-an yang
diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) semalam selepas
dipercayai dikurung selama 10 tahun di dalam sebuah bilik di Kampung
Pasir Pekan Hulu, di sini mengaku tidak mampu menjaga mangsa kerana
dikatakan sering bertindak agresif.
Abang tiri mangsa, Ismail Che Ibrahim, 57, berkata, adiknya itu
sebelum ini pernah mendapat rawatan di beberapa pusat penjagaan tetapi
tidak berpuas hati kerana tiada penjagaan yang sempurna.
"Disebabkan agak agresif adik terpaksa dikurung di dalam bilik di bawah rumah.
"Bagaimanapun pemantauan sering dilakukan di bilik itu termasuk diberi makan sebanyak tiga kali sehari," katanya ketika ditemui di Hospital Tumpat di sini sebentar tadi.
"Bagaimanapun pemantauan sering dilakukan di bilik itu termasuk diberi makan sebanyak tiga kali sehari," katanya ketika ditemui di Hospital Tumpat di sini sebentar tadi.
WANITA
OKU tersenyum selepas menerima sumbangan sambil ditemani Ismail (kiri)
dan Timbalan Pengarah JKM Kelantan Norazaman Abdul Manaf.
Mangsa yang kini dirawat di Hospital Tumpat stabil tetapi belum dapat dikategorikan tahap status mentalnya dan memerlukan rujukan daripada pakar psikiatri. myMetro
Apakah Anda seorang pemilik industri? Anda memiliki sebuah pabrik? Anda membutuhkan pinjaman untuk payudara hidup keuangan Anda? adalah Anda menerjang bisnis dan Anda perlu uang untuk menjaga bisnis Anda berkembang di sini kita untuk membantu Anda memenuhi Anda butuhkan dan bust status keuangan Anda jadi jika Anda tertarik untuk memperoleh kontak pinjaman kami di agentransferkredit@gmail.com
ReplyDelete