Thursday, June 26, 2014

Kisah perkahwinan yang memilukan

Usai menikah, pengantin pria meninggal dunia. (Foto: Stomp) 
  Usai menikah, pengantin lelaki meninggal dunia. (Foto: Stomp) 
  MANILA - Sebuah video perkahwinan yang mengharukan terjadi di Filipina.   Pengantin lelaki  terpaksa meneruskan perkahwinan sambil terbaring di katil rumah sakit.

Video yang disebar oleh Hasset Go, ini memperlihatkan pengantin lelaki itu , Rowden Go Pangcoga berkahwin dengan kekasihnya, Leizl. Mereka telah merancang perkahwinan pada 8 Julai 2014 yang bertepatan dengan ulang tahun Rowden yang ke-30 tahun.

Namun, Rowden mendapat kenyataan pahit. Dia didiagnosis menderita kanser hati tahap  IV pada akhir Mei lalu. Menurut doktor usianya tidak lama lagi, seperti diberitakan Stomp, Khamis (26/6/2014).

Menyedari hidupnya tinggal beberapa saat lagi, Rowden melakukan permintaan terakhirnya untuk mengahwini cinta sejatinya. Akhirnya, perkahwinan itu dilangsungkan lebih awal dari jadual yang dirancangkan. Setelah kondisinya semakin pulih, Rowden dan Leizl melangsungkan perkahwinan di rumah sakit.

Namun, takdir berkata lain, sepuluh jam setelah Rowden mengucapkan janji sucinya, dia menarik nafas terakhir dan meninggal dunia pada 11 Jun  2014 di usianya yang ke-29 tahun. (ade)okezone 26/6/14

No comments:

Post a Comment