25 Jun 2014
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata jumlah anggota
jemaah menteri yang semakin bertambah dengan pelantikan baru yang
diumumkan hari ini tidak dapat dielakkan atas sebab-sebab tertentu.
Katanya, beliau membuat perubahan berdasarkan keputusan baru MCA yang mahu menyertai Kabinet semula, selepas memutuskan sebaliknya sebelum itu.
"Kita terpaksa buat perubahan berikutan keputusan yang dibuat oleh MCA.
"Sebab pada mulanya MCA kata dia tak nak masuk kerajaan, tapi kemudian dia telah berfikir semula dan melihat bahawa perlu mereka menyertai kerajaan," katanya.
Beliau turut mendedahkan bahawa pengumuman penstrukturan semula Kabinet itu ditunda bagi menumpukan kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.
“Kita tidak dapat umum lebih awal kerana MH370.
"Kita perlu tumpuan sepenuhnya ke atas kes ini, dan kesinambungan itu penting.
"Sekarang kita sudah pergi ke fasa baru mengenai MH370, saya rasa sekarang waktu yang sesuai untuk buat pengumuman," katanya.
Tambahnya, rundingan akan diadakan untuk memutuskan sama ada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai akan memikul tanggungjawab dalam pencarian pesawat baru itu.
Susulan dari pengumuman hari ini, anggota jemaah menteri kini terdiri dari 35 menteri penuh, termasuk perdana menteri dan timbalan perdana menteri, dan juga 28 timbalan menteri.
Jabatan Perdana Menteri sendiri terdiri dari 10 orang menteri dan seorang timbalan menteri.
Mengulas mengenai kekosongan selepas peletakan jawatan pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) P Waythamoorthy, Najib berkata kedudukan itu tidak akan diganti.
Katanya, satu jawatankuasa bertindak Kabinet sudahpun dibentuk bagi menangani tugas dalam portfolio berkenaan.
Waythamoorthy meletak jawatan sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas menuduh kerajaan gagal mengotakan janji untuk menaikkan taraf sosioekonomi masyarakat India di Malaysia. Malaysiakini

No comments:
Post a Comment