Wednesday, June 25, 2014

Pegawai Ini Dipecat Kerana Tinjau Banjir Sambil Digendong Bawahannya

Selasa, 24 Jun  2014
 
Mirror Seorang pegawai China digendong bawahannya ketika meninjau satu daerah yang dilanda banjir. Akibat perbuatannya itu, pegagwai tersebut  kemudian dipecat kerana dianggap menconteng nama  citra parti komunis China.

BEIJING, KOMPAS.com - Seorang pegawai di China dipecat setelah dia meminta seorang bawahan menggendongnya agar dia tak perlu menginjak genangan air di satu daerah yang terendam banjir.

Kejadian itu bermula ketika Wang Junhua, wakil pengarah  sebuah pejabat pemerintah di kota Guixi, mengunjungi lokasi banjir yang mengakibatkan dua orang pelajar tenggelam.

Setibanya di lokasi banjir, bukannya melepas sepatu kulitnya dan tak ingin sepatunya basah, Wang menyuruh bawahannya Ding Xianbao untuk menggendongnya.

"Pegawai itu sangat arogan dan membosankan," kata Hu Peng, seorang warga setempat yang menyaksikan kejadian itu.

"Sangat jelas pegawai itu datang hanya untuk mendapatkan publisiti murahan. Namun ketika dia tahu kakinya akan basah maka keperibadian aslinya terlihat," sambung Hu Peng.

"Dia meminta bawahannya menggendong dia di belakangnya dan membawanya seperti seekor keledai. Saya merasa kasihan dengan lelaki itu, dia dipermalukan," tambah Hu Peng.

Setelah khabar itu merebak, para pegawai  parti langsung memecat Wang Junhua. Namun, parti membantah Wang meminta bawahannya menggendong dia. Parti komunis mengatakan Ding Xianbao mempelawa diri secara sukarela.

Meski demikian, parti komunis China masih menganggap apa yang dilakukan Wang adalah satu kesalahan. Meski memiliki jawatan tinggi, Wang tak boleh  berbuat sewenang-wenang.

"Jika dia tak ingin kakinya basah, bawalah sepatu bot   dan jangan jadikan bawahan sebagai alat kenderaan peribadi," ujar seorang pejabat parti.
Editor : Ervan Hardoko
Sumber: Mirror

No comments:

Post a Comment