Thursday, July 3, 2014

Pesalah Trafik Sain 'mencarut' pada Surat Saman

3/7/14
Apakah perasaan anda sebagai pegawai polis apabila pesalah trafik menandatangani surat saman yang diserahkan kepadanya dengan nama "pukimak"? Bayangkan tahap kesabaran yang perlu ada dalam diri anda untuk menghadapi sikap kurang ajar pesalah trafik seperti ini.

Namun, itulah yang dihadapi oleh pegawai polis yang menyaman seorang pengguna jalan raya yang melanggar lampu merah di persimpangan lampu isyarat. Berdasarkan butiran surat saman, kesalahan tersebut berlaku di Jalan Batu Feringgi pada 2 Julai yang lalu.

Mungkin berang dikenakan saman, pengguna jalan raya dengan nama keluarga Lim itu menandatangi surat saman yang diserahkan kepadanya menggunakan nama "pukimak".

Tindakan pesalah trafik ini amat kurang ajar dan mencabar kesabaran anggota polis yang menjalankan tugas. Biarpun berhadapan dengan pesalah trafik yang bersikap begini, kita yakin anggota polis di negara ini sentiasa bersikap waras dan profesional.

DCM

1 comment:

  1. Apo nak dikato yang - isu tandatangan adalah subjektif. Jika itu yang dijadikan sebagai tandatangannya, maka kea terimalah. Tafsiran contoh perkataan 'butuh' bagi orang Indonesia bermakna memerlukan tetapi dalam bahasa meloya bermakna alat kemaluan pada lelaki. Polis malaysia ni jenis kira mudah kerja dia dan ambil kesempatan je. DiEngland hal macam ni hanya ditegur saja dengan nada tegas tetapi tidak saman dan pemandu mabuk hanya dimasuk kelokap sehingga sepemabuk hilang khayalnya. Pigirah kata guna pakai undang undang demokrasi komanwel tapi hak sendiripun x ikut.

    ReplyDelete