Thursday, July 3, 2014

Menteri Luar New Zealand Mengaku Dibohongi Soal Kes Seks Diplomat Malaysia

03/07/2014  

 
gambar haisan
Wellington - Menteri Luar Negeri (Menlu) New Zealand, Murray McCully mengaku seorang pegawainya telah berbohong dalam soal kes kekerasan seks yang melibatkan diplomat asing. McCully menyatakan dia tak tahu adanya perbincangan   informal dengan pihak berkuasa Malaysia soal nasib diplomat Malaysia yang terlibat percubaan pemerkosaan di Wellington.

Nama Muhammad Rizalman Ismail mencuat ketika dia meninggalkan New Zealand kerana mendapatkan kekebalan diplomatik. Perdana Menteri John Key mengecam kepulangan diplomat Malaysia ini dari wilayah New Zealand, padahal kesnya masih dalam proses.

Hingga akhirnya pada Rabu (2/7), pemerintah Malaysia sepakat untuk kembali mengirimkan Rizalman ke Wellington. Namun pihak berkuasa  New Zealand dibuat malu ketika ada pengakuan bahawa sebenarnya pegawai  New Zealand sendiri yang menyarankan Rizalman pergi meninggalkan negara tersebut.

"Jika anda berfikir saya senang dengan kinerja kementerian dalam kes ini, Anda sangat salah. Jika anda fikir saya senang telah dibohongi, dan kemudian memperdaya perdana menteri tentang posisi yang dipegang oleh pemerintah New Zealand , maka anda benar-benar salah," ucap Menteri Luar,McCully kepada Radio New Zealand dan dilansir AFP, Khamis (3/7/2014).

Rizalman hadir dalam perbicaraan yang dijalankan pada 10 Mei lalu, di mana dia didakwa mengikuti  seorang wanita berusia 21 tahun pada malam sebelumnya dan menyerangnya di rumah mangsa, yang ada di kawasan pinggiran Wellington, yang sama dengan lokasi pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia.

Polis  setempat menjerat Rizalman dengan dakwaan rompakan  dan penyerangan dengan niat untuk memperkosa. Atas dua dakwaan tersebut, Rizalman terancam hukuman maksima  10 tahun penjara.

Minggu  ini, Menteri Luar McCully mengungkapkan, tindakan Malaysia untuk memulangkan Rizalman didasarkan atas saran seorang pgawai Kementerian Luar Negeri New Zealand , setelah melakukan perbincangan informal soal cara menangani kes ini. Menurut McCully, dia dan juga PM Key sama sekali tidak tahu-menahu soal perbincangan tersebut ketika mereka mengecam kepulangan diplomat Malaysia tersebut ke negaranya.

McCully menyatakan, pilihan memulangkan Rizalman seharusnya tidak pernah dilontarkan dan dia berjanji akan menyiasat siapa yang bertanggung jawab di sebalik kekacauan ini. "Saya ingin melihat bahawa kes ini berlanjut prosesnya dan mereka yang bertanggung jawab terkait hal ini harus diambil tindakan," tambahnya. detikNews

No comments:

Post a Comment