DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius
fakta dikemukakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan ketika
menjawab soalan tambahan Datuk Nasrun Mansur (BN-Silam) berhubung isu
pengisytiharan bankrap di Parlimen pada 18 Jun baru-baru ini.
Menurut Ahmad Maslan, seramai 15,925 individu di bawah usia 35 tahun di negara ini diisytiharkan bankrap sepanjang tempoh 2012 hingga Mac lalu iaitu 4,100 individu (2012), 5,420 (2013) dan 5,457 (2014).
Statistik ini merupakan angka yang cukup tinggi dan jika tidak dikawal akan mengakibatkan terus meningkat dari tahun ke tahun. Dalam hal ini, kerajaan wajib memandang serius fenomena golongan muda diisytihar bankrap sebelum ia merebak dan menjadi gaya hidup baru di kalangan masyarakat khususnya golongan muda.
Merujuk data diberikan oleh Timbalan Menteri berkenaan, 47.4 peratus daripada pengisytiharan bankrap tersebut berpunca dari pinjaman kediaman diikuti dengan pinjaman kenderaan (16%), pinjaman peribadi (15.1%), kad kredit (3.7%) dan pembelian (6.4%).
Melihat kepada angka-angka berkenaan, DPPM menegaskan bahawa kos hidup tinggi di negara ini telah menjadi punca utama yang menjejaskan kemampuan golongan muda untuk menjelaskan pinjaman. Dengan pinjaman kediaman menjadi peratus terbesar pengisytiharan bankrap, ia membuktikan bahawa masyarakat semakin tidak mampu untuk memiliki barangan keperluan. Berbeza dalam beberapa tahun lepas, pinjaman kenderaan mencatat peratus terbesar berbanding kediaman.
Antara perlu diberi perhatian ialah harga rumah di negara ini yang berada di luar kategori mampu milik di mana secara purata ianya 5.5 kali ganda lebih tinggi daripada pendapatan pertengahan tahunan isi rumah. Malah, menurut Laporan Keadaan Isi Rumah yang dikeluarkan Institut Penyelidikan Khazanah, purata harga rumah mampu milik berdasarkan amalan antarabangsa, haruslah berharga tiga kali ganda daripada pendapatan pertengahan tahunan isi rumah. Pada 2012, pendapatan pertengahan isi rumah di negara ini adalah di bawah paras RM3,626.
Di Singapura, harga rumahnya adalah 5.1 kali ganda lebih tinggi berbanding pendapatan pertengahan tahunan isi rumah, Amerika Syarikat (3.5), United Kingdom (4.7) dan Ireland (2.8) kali ganda. Laporan itu juga menunjukkan, pemaju hartanah di negara ini mendapat margin untung yang tinggi iaitu 21 peratus; hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat (12%), United Kingdom (17%) dan lebih tinggi berbanding Thailand (14%).
Di manakah langkah serius kerajaan dalam membendung kenaikan harga rumah yang melambung naik ini? Realitinya, generasi muda tidak mempunyai pilihan untuk memiliki kediaman selain daripada mendapatkan pinjaman yang terpaksa dibayar secara ansuran.
Kerajaan sewajarnya mempunyai mekanisma mengawal pasaran harga hartanah di Malaysia kerana ia sememangnya berada di bawah bidang kuasa kerajaan yang memerintah. Namun, seandainya pemimpin terus menagih komisen dan mempunyai kepentingan besar dalam industri hartanah, impian besar rakyat Malaysia hanyalah tinggal angan-angan semata.
Demikian juga harga kenderaan yang berada di paras tinggi di negara ini. Kegagalan kerajaan menyediakan kemudahan pengangkutan awam berkesan hakikatnya memaksa rakyat Malaysia untuk membuat pinjaman bank bagi mendapatkan kenderaan yang selesa, sekurang-kurangnya bagi tujuan kegunaan ke tempat kerja. Di dalam masa yang sama, Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP2014) yang dilancarkan kerajaan langsung tidak menurunkan harga kereta sebagaimana dicanangkan.
Kedegilan kerajaan untuk terus mengenakan cukai eksais begitu tinggi terhadap setiap pembelian kereta di antara 85 hingga 110 peratus, serta pelaksanaan dasar permit mengimport (AP) yang tidak telus dengan tujuan mengkayakan kroni, hanya menjadikan rakyat sebagai mangsa. Rakyat terpaksa membeli kenderaan dengan harga yang tinggi dan menjejaskan pendapatan boleh guna mereka. Ia ditambah lagi dengan pemberian rebat cukai eksais yang tidak telus sehingga menyembunyikan struktur kos yang ditanggung oleh industri automotif. Ini memberi ruang kepada manipulasi margin keuntungan dalam rantaian pembuatan dan penjualan kereta.
Tanpa menghitung kos barangan dan lain-lain keperluan semasa ditanggung rakyat, bebanan kos kediaman dan kenderaan ini sudah cukup membuktikan bahawa rakyat menjadi mangsa kepada kerakusan kerajaan Umno-Barisan Nasional berikutan dasar ekonomi yang tempang dan tidak adil.
DPPM mendesak kerajaan agar bertanggung jawab dalam merancang pelan strategik menyeluruh bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat di negara ini. Kerajaan tidak sewajarnya hanya pandai berhutang dan menambah hutang semata-mata, tetapi juga merancang untuk kesejahteraan rakyat. Jika perancangan untuk kesejahteraan rakyat tidak mampu lagi dilaksanakan kerajaan Umno-Barisan Nasional, maka amatlah wajarlah baton Putrajaya bertukar tangan di dalam Pilihan Raya Umum akan datang. – HARAKAHDAILY 22/6/2015

No comments:
Post a Comment