19 Jun 2015
Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjawab soalan-soalan
kontroversi termasuk isu 1MDB menggunakan blog dipertahankan seorang
menteri kabinet.
Menteri kebudayaan dan pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz berkata tindakan itu membolehkan Najib berfikir terlebih dahulu sebelum menulisnya dalam keadaan santai.
“Kami ada masa untuk fikir sebelum jawab, ia lebih santai.
“Tetapi jika kamu debat, sukar... suasana dan persekitarannya.
“Seterusnya, kamu ada fakta, tetapi kami tidak boleh rujuk padanya (pada masa itu),” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lepas.
Debat tidak akan menyelesaikan masalah, kata anggota parlimen Padang Rengas itu.
Nazri juga berkata, oleh kerana Mahathir merujuk dirinya sebagai rakyat biasa, Najib tidak perlu berdebat dengan perdana menteri keempat itu.
“Ini tidak pernah menjadi amalan kita. Belum pernah ada seorang pun perdana menteri berdebat dengan rakyat biasa. Semak sejarah dulu sebelum buat kesimpulan,” katanya.
“Jika seorang rakyat biasa ajak debat, saya akan kata jangan,” katanya sambil menambah tindakan itu akan menggalakkan lebih ramai orang mencabar perdana menteri.
Bagaimanapun, katanya, jika mahu berdebat, pihak paling sesuai menjadi lawannya ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah atau pemimpin luar negara.

Malaysiakini
Riak nya Nazri....!
ReplyDelete1.Kamu dari golongan umat mana?
2. Yang memilih kamu dari golongan mana ?
3. Malang golongan yg mengundi dan mengakatnya sebagai wakil.
4. Bala bertimpa timpa pada Rakyat bila mana sifat PM dan Menteri2 bersifat Riak.