- Mek Jah ketika melalui di bawah pokok pisang yang berbuah pelik di belakang rumahnya di Kampung Simpangan, Tumpat.
TUMPAT - Seorang warga emas terkejut apabila pokok pisang galo yang
ditanam di belakang rumahnya di Kampung Simpangan di sini, mengeluarkan
buah yang menyerupai dua jenis pisang dalam satu tandan dan berkongsi
jantung.
Mek Jah Yusof, 70, berkata, dia menyedari kejadian pelik itu beberapa
minggu lalu ketika jirannya datang mahu mengambil jantung pisang.
Menurutnya, pada mulanya dia mahukan jantung pisang dari pokok pisang
yang pelik itu tetapi jantungnya tidak dapat dipetik kerana pokoknya
agak tinggi.
“Saya pula rasa pelik melihat jantung pokok pisang itu kerana tangkai jantungnya lebih panjang dari yang lain.
“Dan seperti mahu mengeluarkan buah lagi sedangkan sudah berbuah setandan pisang,” katanya.
Menurutnya, tekaannya tepat kerana dua minggu kemudian, pokok pisang
itu berbuah lagi pada tandan dan berkongsi jantung yang sama.
“Mungkin pisang ini akan mengeluarkan buah lagi kerana tangkai jantungnya semakin panjang,” katanya.
Mek Jah berkata, setandan pisang yang paling atas menyerupai pisang
berangan tetapi setandan pisang di bawah menyerupai pisang galo.
Menurutnya, kejadian pelik itu menyebabkan pokok pisangnya sering menjadi perhatian orang ramai untuk melihat kekuasaan ALLAH.
“Makcik akan biarkan pisang ini hingga masak kerana mungkin akan mengeluarkan buah lagi,” katanya.
Katanya, dia menanam pokok itu lima tahun lalu dan sentiasa mengeluarkan benih baharu bersilih ganti.
Katanya, ini pertama kali pokok pisang galonya berbuah pelik dan
ketinggiannya agak luar biasa berbanding dengan pokok pisang lain.
No comments:
Post a Comment