Thursday, June 4, 2015

PAS bersama Pakatan selagi tak gadai prinsip

4 Jun 2015
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertegaskan sekali lagi - seperti muktamar tahun lalau -  bahawa parti itu akan terus dan tetap bersama Pakatan Rakyat selagi tidak menggadaikan prinsip dan dasar parti.

Pada yang sama, beliau menegaskan PAS tidak pernah mencampuri dan meminta rakan sekutu mengkaji dasar sekular yang diperjuangkan oleh mereka.

"Manakala perjuangan yang menjadi agenda yang yang berbeza yang sudah tentunya tiada dalam polisi bersama, adalah menjadi perjuangan parti masing-masing.

"Sebab itulah walaupun kita tahu parti kawan kita adalah memperjuangkan perlembagaan sekular, yang tentunya bercanggah dengan dasar PAS.

"Apatah lagi kita tidak pernah mencampuri siapa yang patut atau tidak patut berada dalam kepimpinan parti masing-masing walau kita diserang siang dan malam.

"Oleh yang demikian PAS akan terus melaksanakan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat selagi tidak bercanggah dengan panduan al-Quran dan Sunnah.," katanya.

Pada masa yang sama, beliau mengingatkan ahli dan pimpinan supaya tidak ghairah meninggalkan dasar dan prinsip parti dengan memelihara batas tahaluf siyasi dan taat kepada parti. 
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment