Seorang gadis kecil ditinggalkan bapa saudara dan ibu saudaranya yang berusia 18 tahun di sebuah rumah makan di Rusia. Menurut si
pelayan kedai makan tersebut, gadis ini ditinggalkan sebagai jaminan
kerana bibinya belum membayar makanan mereka.
Polis setempat bingung atas kes ini. Mereka kemudian mencari keluarga Dasha, nama kanak-kanak lucu tersebut.
Dasha dititipkan oleh ibu kandungnya kepada adik si ibu selama
beberapa hari. Sang ibu berdalih belum menjemput anaknya lantaran tidak
mampu membayar tiket keretapi ke tempat adiknya di Kota Yaketerinburg,
Rusia.
"Saya tidak dapat menjemputnya kerana tidak dapat membayar tiket
keretapi untuk membuatnya pulang, sehingga dia terpaksa tinggal lebih lama
dengan bibinya," ujar sang ibu, seperti dilansir surat khabar Daily Mail,
Sabtu (6/6).
Beberapa minggu bersama adik sang ibu, Dasha dibawa ke sebuah kedai
makan tempatan. "Usai menyantap makanan, remaja itu meninggalkan anak ini
sebagai jaminan kepada tukang wang," ujar seorang anggota polis setempat.
Remaja 18 tahun tersebut berkata pada cashier akan mencari wang untuk
membayar, namun hingga kedai makan itu tutup, dia tidak kembali. Ketika
itulah pelayan kedai makan menelepon polis untuk mengurusi kes ini.
Ketika ini, ibu dan bibi si gadis cilik telah berada di balai polis setempat.
"Mereka bertiga (ibu, bibi, dan paman) telah melalaikan tanggung jawab sebagai orang tua si gadis cilik ini," ujarnya.
Untuk menghindari kejadian serupa terulang kembali, kini polis Yaketerinburg membawa si anak ke rumah kebajikan untuk dirawat.
Merdeka.com
No comments:
Post a Comment