KUALA SELANGOR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad
menyifatkan mereka yang tidak terpilih untuk membarisi kepimpinan PAS
Pusat sesi 2015-2017 pada muktamar kali ini mempunyai jiwa besar dalam
meneruskan perjuangan PAS.
"Saya mengenali mereka semua, mereka adalah rakan saya dan mempunyai jiwa besar dalam perjuangan PAS.
"Bagi saya kemenangan ini merupakan satu amanah, pertandingan ini pun antara rakan-rakan sahaja," katanya kepada Harakahdaily.
Menurut beliau lagi, tidak timbul sama sekali wujud pemisahan kuasa antara ulama dengan profesional.
"Istilah itu hanya mainan mereka yang berada di luar, di dalam PAS tidak pernah timbul isu ulama mahupun profesional.
"Di dalam PAS semua bercampur, kita berjuang atas atau dasar yang sama," katanya lagi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut mengucapkan terima
kasih kepada para perwakilan yang memilihnya pada Muktamar Tahunan PAS
ke-61 yang berlangsung di Stadium Tertutup Kuala Selangor, di sini. - HARAKAHDAILY 6/6/2015
Salah pihak diluar juga yang siap buat chai senarai calon yang pro ustaz tu siapa yang suruh.
ReplyDelete