29/6/15
KUALA LUMPUR: Dewan Ulama Pas Pusat tidak akan menarik semula usul
putus hubungan DAP yang diterima pada Muktamar Pas tanpa bahas baru-baru
ini.
Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohammad berkata, pihaknya hanya
meluluskan usul itu dan sekarang terpulang kepada Majlis Syura untuk
membuat keputusan muktamad.
“Wallahualam (Hanya Allah yang tahu), (kami) tidak tahu,” katanya
ketika ditanya adakah Dewan Ulamak menyesal dengan pembentangan usul
putus hubungan tersebut.
Beliau berkata, keputusan muktamad mengenai usul itu hanya akan
diputuskan selepas Majlis Syura mengadakan mesyuarat selepas sambutan
Aidilfitri.
“Dewan Ulamak hanya mencadangkan supaya Majlis Syura dan Pas Pusat buat keputusan.
“Sampai sekarang, usul itu tidak diputuskan lagi, Majlis Syura belum bermesyuarat. Mungkin selepas raya,” ujarnya.
Katanya, beliau menerima apa sahaja keputusan yang diputuskan oleh Majlis Syura kelak.
“Usul itu (putus hubungan dengan DAP) terima atau tidak, saya akan tetap wala’ kepada Majlis Syura,” ujarnya.
FMT
ulamak mata satu dan telinga pekak sebelah.
ReplyDelete