Friday, June 19, 2015

Rakyat mahu PR bawa perubahan di Selangor

| .
KOTA BHARU: Rakyat mengharap komitmen tinggi terhadap Pakatan Rakyat untuk membawa perubahan di Selangor, kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Katanya, kerjasama parti-parti dalam Pakatan Rakyat semenangnya diharap rakyat untuk terus memperjuangkan nasib mereka.

Oleh itu beliau berkata usaha yang lebih padu perlu digerakkan demi mempertahankan aspirasi rakyat, di samping menolak sebarang pencakaran yang boleh membantutkan usaha tersebut.

“Saya sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang mahu menengakkan keadilan, kebenaran dan mempertahankan aspirasi rakyat,” katanya pada majlis meraikan delegasi dari Selangor di sebuah hotel di sini malam semalam.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat serta anggota-anggota Exco kedua-dua negeri.

"Saya tidak gemar terus bercakaran kerana kita diberikan amanah untuk memenuhi harapan dan aspirasi rakyat.
"Mereka menaruh harapan tinggi kepada Pakatan untuk terus membawa perubahan," katanya yang juga Menteri Besar Selangor.

Azmin mengetuai 45 delegasi Selangor datang ke Kelantan bagi menyempurnakan majlis penyerahan rumah kekal kepada mangsa banjir di Manek Urai, Kuala Krai.
Azmin juga berkata mungkin ada pihak yang cemburu atas sambutan kerajaan Kelantan terhadap Selangor. - HARAKAHDAILY 18/6/2015

1 comment:

  1. Exco DAP nko bawa tak? Nko pileh lah azmin, Pas atau Dap........jangan hampas dah! Nobody cares you dgn kerajaan menapik kelantan, tak cemburu pun!

    ReplyDelete