Umat Islam sedang berdepan dengan pelbagai ancaman dan rintangan yang
boleh merosakkan aqidah, akhlak dan fikrah mereka. Sebahagiannya hilang
kepekaan terhadap perancangan musuh yang bermaksud untuk melemahkan
Islam dan ummatnya.
Kita tidak boleh berpeluk tubuh, membiarkan siku lutut kita longlai
dimamah virus takut dan malas berdepan situasi ini. Kita semua kena
bangkit berjuang lantas menjulang prinsip Islam dan setiap sendi syariat
serta syiarnya. Jangan sampai mereka merancang sedang kita masih
mendakap tubuh.
Ramadhan tidak sewajarnya menjadikan kita letih dan lesu sehingga
hilang maya upaya justeru Ramadhan adalah bulan jihad. Bulan kebangkitan
ummah untuk melonjak izzah (kemuliaan dan kehebatan).
Bangkitlah dengan
semangat jihad yang tinggi dan jitu demi membawa risalah Islam,
membasmi kejahilan, memimpin dan menyelamatkan ummah dari terus menjadi
mangsa amukkan jahiliyah.
Meninggalkan jihad menjadikan kita hina. Nabi saw pernah bersabda:
ماَ تَرَكَ قَوْمٌ الجِهَادَ إلاَّ عَمَّهُمُ اللهُ بِالْعَذَابِ
ماَ تَرَكَ قَوْمٌ الجِهَادَ إلاَّ عَمَّهُمُ اللهُ بِالْعَذَابِ
Tidaklah sesuatu kaum yang meninggalkan jihad melainkan Allah swt
menimpakan azab (kehinaan) ke atas mereka seluruhnya. (Riwayat at
Tabarani fil Awsat)
Kita tidak punya banyak masa untuk madah berhelah. Leraikan segala
yang membelenggu diri. Ayuh kita turun bergelanggang. Sahut semboyan
juang dan usah peduli seruan yang mendorong untuk kita khianati amanah
perjuangan Islam ini.
Ingat penegasan Allah swt:
لَّا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُولِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً وَكُلًّا وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنَىٰ وَفَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْرًا عَظِيمًا
لَّا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُولِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً وَكُلًّا وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنَىٰ وَفَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْرًا عَظِيمًا
Tidaklah sama keadaan orang yang duduk bersahaja (tidak turut berjuang) dari kalangan
orang yang beriman - (selain daripada orang yang berkeuzuran) - dengan
orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam)
dengan harta dan jiwanya.
Allah melebihkan orang yang berjuang dengan
harta benda dan jiwa mereka atas orang yang tinggal duduk bersahaja
dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu)
Allah menjanjikan dengan balasan yang baik dan Allah melebihkan orang
yang berjuang atas orang yang duduk bersahaja dengan pahala yang amat
besar. (Surah An-Nisa': 95) - HARAKAHDAILY 27/6/2015
No comments:
Post a Comment