Sabtu, 4 Jul 2015
Foto Nishi Nippon
Inspektor
Jenderal Polis Fukuoka, Kaji Takei meminta maaf, Sabtu (4/7/2015) di
balai polis Fukuoka kerana anak buahnya mabuk masa memandu dan
kemalangan
"Seorang polis ditangkap kerana mabuk sambil memandu dan mengalami kecelakaan," kata sumber Tribunnews.com, Sabtu (4/7/2015). Itulah sebabnya pemimpin polis tersebut meminta maaf pagi ini kepada masyarakat.
Polis Perfektur Fukuoka yang bertugas di balai polis Ogori, Sabtu ini ditangkap kerana pelanggaran lalu lintas undang-undang (memandu ketika mabuk).
Osashima Takeshi (49) tersangka leftenan polis mengalami kemalangan kerana mabuk memandu kenderaannya bersama seorang wanita usia 50an.
Suspek Osashima minum bir, whisky dan shochu sekitar 5 gelas di restoran yang ada di dalam stesyen JR Hakata setelah pulang bekerja Jumaat malam kemarin. |Ketika dalam perjalanan ke rumah wanita, kenderaan melanggar kereta lain dan lari di daerah Kasuya-machi. Tidak ada korban yang luka.
Kadar alkohol di dalam dirinya ketika itu cukup tinggi yaitu sekitar 0.59 miligram per 1 liter nafas.
Memandu dalam keadaan mabuk, penangkapan terhadap polis adalah pertama kalinya sejak 2009.
"Kami sangat menyesalkan kejadian itu dan kami meminta maaf sedalamnya kepada masyarakat atas ketidaknyamanan ini," kata sang Inspektor Jenderal polis , Kaji Takei, Sabtu (4/7/2015) dalam perjumpaan media
TRIBUNNEWS.COM
Memang polis terbaik
ReplyDelete