Orang ramai tidak harus selamanya menyalahkan GST sedangkan patut berusaha mengubah sikap berbelanja.
VIDEO INSIDE
PETALING JAYA: Pakar penasihat kewangan
mencadangkan orang ramai khususnya umat Islam tidak balik kampung tahun
ini untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi menjimat perbelanjaan.
Syed Abdul Aziz Qubra berkata, langkah itu bagi mengawal perbelanjaan disebabkan kenaikan kos sara hidup.
Katanya, langkah tidak balik kampung untuk menyambut hari raya, orang ramai boleh mengawal perbelanjaan disebabkan kenaikan harga minyak dan bayaran tol.
Dia memberi cadangan itu dalam slot Celik Kewangan bagi program
Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan RTM pada Khamis yang membincangkan
isu bertajuk Gaji oh Gaji.
Katanya, langkah tidak balik kampung untuk beraya tahun ini juga
boleh menjimatkan perbelanjaan kerana tidak perlu menyewa hotel.
“Kalau dah ramai mesti tidur hotel dah menjadi trend sekarang tidur
di hotel apabila balik beraya… tak main tidur rumah mak bapak,
sempitlah..sedangkan perbelanjaan bertambah,” katanya.
Syed Abdul Aziz berkata, jika perbelanjaan tahun ini meningkat
berbanding tahun sebelumnya, mengapa orang ramai tidak mengubah sikap
berbelanja.
Katanya, orang ramai tidak seharusnya berterusan menyalahkan Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST) sedangkan diri sendiri tidak mahu
mengubah cara perbelanjaan.
Katanya, adalah sesuatu yang mengarut apabila terjebak dalam keaddan
kewangan yang teruk dan terpaksa berhutang dengan along semata-mata mahu
dipuji mak mertua apabila balik kampung.
Cadangan itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial
tetapi rata-rata menyatakan tidak puas hati dengan kenyataan itu.
“Nasib baik dia tak cadang raya tahun ini ditangguhkan kerana nak berjimat,” komen Mohd Zarul Zaqry.
“Lebih baik dia cadangkan rakyat Malaysia bunuh diri saja. Tak perlu
beli beras untuk makan, tak perlu beli pakaian. Beli kain kapan dan upah
penggali kubur saja,” tulis Mamat Cengkerik.
“Protege Ahmad Maslan dah ditemui. Tahniah,” komen Ariff Medina.
penasihat kewangan bertaraf longkang
ReplyDeleteINI bukan pakar tapi org kaki bodek
ReplyDelete