Sabtu, 4 Julai 2015
Daily Mail
Pencuri ini menangis bertemu dengan teman satu sekolahnya yang kini menjadi hakim.
Anda tidak akan pernah dapat meneka di mana anda akan mengalami reunion dengan teman-teman semasa sekolah.
Termasuk, pengalaman yang dimiliki Arthur Booth, seorang suspek kes curi di Miami, Florida, Amerika Syarikat ini.
Pengalaman yang mungkin membuat Arthur sedar, bahawa dia punya nasib bagai langit dan bumi, dengan teman di masa sekolahnya.
Cerita ini bermula ketika Arthur menjalani perbicaraan atas kes curi yang dia lakukan, pada 30 Jun 2015.
Dia mulanya tak sedar, bahawa yang menjadi hakim, yakni Mindy Glazer,adalah temannya ketika bersekolah di masa sekolah menengah.
Mindy kemudian yang berinisiatif untuk mengingatkan Arthur.
Youtube/ TRIBUNNEWS.COM
No comments:
Post a Comment