Malaysiakini - 6 Jul 2015
Peguam Negara (AG) tidak harus teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap perdana menteri jika dokumen berkaitan dengan penyiasatan terhadap 1MDB terbukti benar, kata seorang ahli Parlimen DAP.
Peguam Negara (AG) tidak harus teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap perdana menteri jika dokumen berkaitan dengan penyiasatan terhadap 1MDB terbukti benar, kata seorang ahli Parlimen DAP.
MP Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh (gambar) berkata, pengesahan
oleh AG Tan Sri Abdul Gani Patail bahawa beliau telah menerima dokumen
dari pasukan petugas khas berkaitan dengan dakwaan penyaluran dana ke
akaun bank peribadi perdana menteri, tidak boleh dipandang ringan.
"Yang paling penting di peringkat ini, adalah perlunya siasatan penuh
dan telus... siasatan itu tidak patut ada campurtangan tetapi pada masa
yang sama, kerana keseriusan dakwaan tersebut dan hakikat bahawa ia
melibatkan perdana menteri secara langsung, maka orang ramai mempunyai
hak untuk mengetahui sama ada ianya berasas atau tidak.
"Sekiranya ia didapati benar, maka peguam negara tidak harus
teragak-agak untuk mendakwa perdana menteri kerana pelbagai kesalahan
termasuk, tetapi tidak terhad kepada pecah amanah (CBT) dan
kesalahan-kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
2009," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
mana MACAI-MACAI UMNO?
ReplyDeleteJom Terjah lagi !! >>> CLICK HERE !!<<<
ReplyDelete