PASIR PUTEH - Suami isteri terpaksa meninggalkan perniagaan semata-mata
untuk memberi perhatian kepada dua anggota keluarga yang koma sejak
empat bulan lalu.
Umar Nordin, 57, berkata, sebelum ini, perniagaan roti canai yang diusahakan bersama isterinya, Zubaidah Muda, 51, di Pasar Selising merupakan sumber pendapatan utama tapi kini, semua itu terpaksa dilupakan demi menjaga anak dan ibunya.
Katanya, anaknya, Mohd Shaiful Azli, 24, koma selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 1 Jalan Tanah Merah-Pasir Mas pada 30 April lalu.
“Selepas dua bulan di wad, dia dibawa balik ke rumah dan terlantar koma sehingga ke hari ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Pak Omar, Selising dekat sini, kelmarin.
Menurutnya, emaknya, Che Yah Deraman, 77, yang mengalami pendarahan dalam otak 10 hari selepas Mohd Shaiful Azli terlibat kemalangan menambahkan keperitan keluarganya.
“Sudah empat bulan mereka koma dan terlantar di rumah, saya dan isteri kena beri perhatian kepada mereka.
“Saya hanya berkerja mengambil upah menebas dan meracun semak di kebun-kebun penduduk di sekitar rumah untuk menyara keluarga,” katanya sambil memberitahu orang ramai yang mahu membantu meringankan beban keluarganya boleh menghubunginya di talian 013-9760528.
Dalam kemalangan 30 April lalu, dua rakan Mohd Shaiful Azli, Che Ku Siti Fitri Juriah Che Ku Anang, 23, meninggal dunia selepas bertarung nyawa selama 16 jam sementara Mohd Aiman Salahuddin, 24, patah kaki kanan.
Mereka dikatakan dirempuh kereta ketika berada di tepi jalan untuk melintas ke perhentian bas di seberang jalan.
Umar berkata, keadaannya semakin tertekan apabila terpaksa menyediakan perbelanjaan sekitar RM100 sehari untuk membeli susu khas, ubatan dan lampin pakai buang untuk anak dan ibunya.
Katanya, emaknya langsung tidak membuka mata manakala Mohd Shaiful Azli sesekali membuka mata walaupun tidak memberi tindak balas apabila digerakkan objek di depan matanya.
“Sehingga sekarang mereka makan melalui tiub, kahak dibersihkan dengan peralatan khas, saya tidak tahu bilakah penderitaan ini akan berakhir, saya hanya mampu berdoa kepada ALLAH SWT,” katanya

No comments:
Post a Comment