27/09/15
Kedutaan China di Malaysia mempertahankan lawatan dutanya Dr Huang
Hui Kang ke Jalan Petaling, menyatakan bahawa ia semata-mata "lawatan
muhibah" sempena perayaan pertengahan musim luruh.
Lawatan pada Jumaat itu mengejutkan kerana ia dilakukan diambang perhimpunan baju merah yang dianggap berbaur perkauman.
Dalam
satu kenyataan Kedutaan China semalam bahawa Dr Huang meraikan perayaan
yang penting bagi tradisional orang Cina dengan masyarakat tempatan,
lapor Sin Chew Daily.
Huang telah mengadakan lawatan sama semasa Tahun Baru Cina, Hari Raya dan Deepavali, kata kedutaan lagi.
Tambahan
pula, kedutaan itu berkata, ramai pelancong dari China merancang untuk
melancong ke luar negara semasa cuti panjang tetapi berita tentang Jalan
Petaling mengundang kebimbangan mengenai keselamatan di Malaysia.
"Duta itu berharap untuk menunjukkan Jalan Petaling masih selamat dan tempat yang menarik di Malaysia," kata kedutaan itu.
Pada Jumaat lalu, Huang mengedarkan kuih bulan kepada peniaga di kawasan itu sempena perayaan pertengahan musim luruh yang jatuh pada hari ini.
Bagaimanapun,
kenyataan beliau bahawa kerajaan China menentang diskriminasi kaum dan
ekstremisme, yang merujuk secara halus kepada protes berbaur perkauman
di Jalan Petaling yang diketuai tokoh yang dikaitkan dengan kerajaan,
telah mengejutkan Putrajaya.
Wisma Putra dilaporkan memanggil Dr
Huang atas kenyataan beliau dan beliau dijangka memberi penerangan
kepada pegawai-pegawai Malaysia esok
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment