11/09/15
Selepas presiden Umno, setiausaha agungnya Datuk Seri Tengku Adnan
Tengku Mansor pula diheret ke mahkamah oleh bekas anggotanya yang
dipecat Anina Saadudin.
Anina memohon mahkamah supaya mengisytiharkan surat yang dikeluarkan dan pemecatannya tidak sah dan terbatal.
“Saya
mengharapkan tindakan saman ini akan menjadi satu titik tolak kepada
perubahan bagaimana Umno itu ditadbir sebagai sebuah parti bangsa Melayu
dan bukannya parti kepada individu-individu tertentu yang memegang
kuasa tertinggi,” katanya.
Anina sebelum ini dipecat selepas
menyaman presiden Umno merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
dalam isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment