28/09/15
Peguam yang mewakili bekas naib ketua bahagian Umno Batu Kawan, Datuk
Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini memfailkan permohonan habeas corpus
di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Khairuddin, 53, menamakan
Superintenden Habibi Majinji, ketua polis daerah Dang Wangi, ketua polis
negara dan kerajaan Malaysia sebagai responden.
Anggota Umno itu,
yang membuat aduan berhubung 1MDB di Switzerland, France, United
Kingdom, Singapura dan Hong Kong, mahu dibebaskan serta merta daripada
tahanan bawa seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah
Khas) 2012.
Khairuddin berkata notis penahanan beliau bercanggah dengan peruntukan untuk menahan beliau bawah Sosma 2012.
"Penahanan
saya menggunakan Sosma adalah penyalahgunaan undang-undang kerana saya
tidak terlibat dalam aktiviti keganasan," katanya.
Beliau berkata perkara itu berniat jahat dan justifikasinya adalah yang difikirkan kemudian oleh responden.
Permohonan itu difailkan oleh firma guaman Rafique.
Khairuddin
ketika itu diitahan selama 28 hari bawah Sosma kerana didakwa
mensabotaj negara, kesalahan bawah 124K dan 124L Kanun Keseksaan.
Beliau
pada mulanya ditangkap di bawah seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana
cuba melakukan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment