PETALING JAYA - Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Petaling
Jaya sebentar tadi atas tuduhan bersubahat membunuh Timbalan Ketua
Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin
Morais, bulan lalu.
Tiada pengakuan direkodkan dari A Murugan, 44.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah No 20, Desa Mentari dekat sini antara 9.30 pagi hingga 8 malam pada 4 September.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu bersama G Gunasekaran, S Nirmalan, S Ravi Chandran, A Thinesh Kumar, M Vishwaran dan R Danishwaran.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff mengikut Seksyen 109 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menetapkan 26 November untuk sebutan semula bagi laporan patalogi.
Kevin ,55, yang sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selama 10 tahun.
Beliau dilaporkan hilang pada 4 September lalu dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.
Pada 16 September, mayat Kevin ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini, selepas 13 hari kehilangannya dilaporkan.

Sinar Harian
No comments:
Post a Comment