Kerajaan Malaysia dijangka menyelesaikan isu Duta China secara baik tanpa melibatkan tindakan persona non grata.
PETALING JAYA : Tindakan Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal
Merican Naina Merican yang melanggar protokol dengan memanggil Duta
China ke Malaysia, Dr Huang Huikang boleh menjejaskan hubungan antara
dua negara.
Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia
(UUM), Prof. Madya Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, Reezal telah
melanggar prosedur dengan memanggil Duta China yang tidak setaraf
dengannya.
Katanya, taraf seseorang duta adalah sama dengan jawatan menteri.
Oleh kerana itu, katanya, hanya Menteri Luar dan Pemangku Menteri
sahaja yang layak memanggil Duta China jika mahu mendapatkan penjelasan.
“Kena ikut level (taraf). Kalau Reezal Merican nak panggil atas
kapasiti dia (Timbalan Menteri), itu telah melanggar protokol. Jika kita
salah prosedur, tak ikut protokol antara negara, ia boleh menjejaskan
hubungan sebenarnya.
>
“Kalau level menteri atau pemangku (memanggi Duta China) itu sesuai kerana status menteri. Pangkat duta setaraf dengan menteri,” katanya kepada Free Malaysia Today.
>
“Kalau level menteri atau pemangku (memanggi Duta China) itu sesuai kerana status menteri. Pangkat duta setaraf dengan menteri,” katanya kepada Free Malaysia Today.
Tambah Aizuddin, sekiranya penjelasan yang dibuat oleh Huang tidak
menyakinkan kerajaan Malaysia, tindakan Persona Non Grata (usir keluar
daripada Malaysia) boleh dikenakan terhadapnya.
“Tapi kesannya agak besar. Kalau dikenakan Persona Non Grata ini
kepada Duta China, ia secara automatik akan menjejaskan hubungan antara
China-Malaysia. Itu satu risiko kalau Malaysia nak ambil.
“Tapi dalam konteks ini, saya fikir mereka (kerajaan) akan
senyapkan.. mungkin bincang ambil jalan pemutus atau saya rasa mereka
akan selesaikan begitu sahaja tak berlanjutan sampai tindakan Persona
Non Grata diambil oleh pihak Malaysia,” katanya.
Media melaporkan Reezal Merican memanggil Huang ke Wisma Putra
selepas mengeluarkan kenyataan yang dianggap sebagai campurtangan negara
asing ketika melakukan lawatan di Petaling street baru-baru ini.
Bagaimanapun, Pemangku Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin telah
membatalkan arahan memanggil Huang yang telah dibuat oleh Reezal.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berada di New York kerana
mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri
mesyuarat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
No comments:
Post a Comment