12/09/15
Jika penyertaan wakil rakyat PAS ke Parti Amanah Negara (AMANAH)
dianggap pengkhianat oleh PAS, bagaimana pula wakil rakyat parti itu
yang menyertai PKR - itu soalan dilontar Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk
Mahfuz Omar hari ini.
Dalam kenyataannya, Mahfuz berkata beliau
terkejut dengan tindakan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar
menyertai PKR yang juga rakan kerjasama politik PAS.
"Apatah lagi
dalam suasana pertikaian isu baiah serta dakwaan pimpinan PAS bahawa
mereka yang keluar dari PAS dan membawa pergi kerusi dimenangi atas tiket PAS adalah pengkhianat," katanya.
Bekas Naib Presiden PAS itu berkata tindakan Kamaruddin dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak menyertai AMANAH bukan isu utama yang perlu diperbahaskan.
Malah, katanya, Muhammad turut berkempen menyokong GHB.
Bolehkan PAS?
Melalui
analisisnya Mahfuz berkata, langah itu melambangkan kebijaksanaan
AMANAH melepaskan Kamaruddin dan Muhammad untuk strategi politik
kerjasama lebih mantap pada masa depan bagi menghadapi pilihan raya umum
ke-14.
Katanya, AMANAH membina kepercayaan rakan kongsi politik
mereka dengan sterategi "memberi dan menerima" bagi memposisikan parti
itu di peringkat nasional.
"Apa pendirian PAS terhadap Kamaruddin
dan PKR selepas beliau membawa kerusi Parlimen Tumpat yang dimenangi
atas tiket PAS sejak 1999?
"Wakil rakyat yang menyertai AMANAH dikecam hebat dan dituntut melepas jawatan wakil rakyat.
"Jika
Kamaruddin juga nak dikecam kerana membawa bersama kerusi Tumpat ke
dalam PKR, adakah PAS juga bersedia mengecam PKR yang memujuk dan
menerima Kamaruddin?" soal Mahfuz.
Persoalan juga timbul, kata
Mahfuz, mengenai corak kerjasama PAS dengan PKR selepas ini terutama
kedudukan wakil mereka dalam kerajaan Selangor.
"Orang yang
melakukan perbuatan ini (keluar parti) dianggap oleh pimpinan PAS
sebagai pengkhianat. Bolehkah PAS bertahaluf dengan PKR yang telah
menerima pengkianat PAS?" katanya.
Beliau juga bertanya jika PAS benar-benar akan bersendirian dalam politik negara dan menarik diri daripada kerajaan Selangor.
"Apakah
dalam pilihan raya umum nanti PAS akan bertanding di semua kerusi di
seluruh negara? Persoalannya, apakah itu perkiraan politik yang betul
dalam situasi politik hari ini?" katanya
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment