Saturday, September 12, 2015

Tidak semua peserta Himpunan Baju Merah sokong Najib

 | September 11, 2015
Kehadiran mereka didorong semangat mendesak pemimpin supaya peka dengan tuntutan rakyat yang inginkan keamanan
Red-Shirts,-Arifin-Abu-Bakar
KUALA LUMPUR: Tidak semua peserta yang turun memberi sokongan kepada Perhimpunan Baju Merah menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Sebaliknya kehadiran mereka didorong semangat untuk mendesak pemimpin supaya peka dengan tuntutan rakyat yang inginkan keamanan.
Ia ditegas Pengerusi Eratkan Perhubungan Antara Negeri Cetuskan Organisasi (EPANCO), Arifin Abu Bakar yang mewakili 20 NGO yang akan menyertai perhimpunan berkenaan.

“Kami turun bukan untuk mempertahankan Datuk Sri Najib.
“Kami turun ini bukan atas dasar politik dan kita tak bela mana-mana pihak. Kami NGO anak muda tuntut pemimpin politik untuk mengekalkan keamanan, tidak mahu isu perkauman yang menyebabkan huru-hara.

“Kami tengok sekarang banyak huru-hara berlaku dengan GSTnya, ekonomi dan permasalah lain yang berlaku dalam negara ini,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada Jumaat.

Katanya, pelbagai pihak yang akan turun dalam perhimpunan tersebut termasuklah yang menentang pentadbiran kerajaan sekarang.
“Pelbagai pihak yang datang ada yang tidak bersetuju sengan sistem pemerintahan yang ada sekarang.
“Yang turun nanti ada yang menyokong kerajaan, ada yang menyokong pembangkang, ada menyokong Tun Mahathir, dan ada penyokong Pas,” katanya.
FMT

1 comment:

  1. Alahai kumpulan baju merah.himpunan berseh adalah flatfom yg baik bagi menyatakan hasrat.

    ReplyDelete