Sunday, September 27, 2015

Wisma Putra akan panggil Duta China

 | September 26, 2015
Kenyataannya mengenai Jalan Petaling dilihat menganggu urusan dalam negara ini
Dr-Huang-Huikang_pj_600
PETALING JAYA: Wisma Putra akan memanggil Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang berikutan kenyataannya yang dilihat sebagai campur tangan dalam urusan dalaman negara ini.

Menurut laporan Mstar, Pejabat Perdana Menteri telah dimaklumkan mengenai arahan itu dan perjumpaan bagi penjelasan lanjut mengenai kenyataannya selepas melawat Jalan Petaling akan dibuat Isnin ini.

Dr Huang telah dipetik sebagai berkata bahawa China menentang terhadap mereka yang menggunakan keganasan untuk mengganggu ketenteraman awam, yang jelas merujuk kepada ancaman oleh kumpulan tertentu untuk mengadakan demonstrasi di Jalan Petaling.

“Kerajaan China menentang keganasan dan sebarang bentuk diskriminasi terhadap kaum dan sebarang bentuk ekstremisme,” katanya yang dipetik daripada portal itu.

Tegasnya lagi, Beijing bertegas menyuarakan bantahan berhubung insiden yang mengancam kepentingan negara, melanggar hak-hak rakyat untuk menjalankan perniagaan, atau mengganggu hubungan antara Malaysia dan China.

1 comment:

  1. Ni panggil pak duta ni ajak minum kopi ke atau main golf???

    ReplyDelete