Dia mendakwa mendiang Kevin memberitahu perkara itu
ketika berbual menerusi telefon dalam bahasa Malayalam kerana takut
perbualan mereka dirakam
KUALA LUMPUR – Kematian mendiang Timbalan Pendakwa Raya, Anthony
Kevin Morais didakwa ada kaitan dengan siasatan rasuah melibatkan
pemimpin tinggi .
Abang kepada mendiang, Charles Morais membuat pengakuan dalam akuan
bersumpah yang mendakwa adiknya yang mati dibunuh pada September lalu
sedang menyiasat kes melibatkan seorang pemimpin dan isteri
“Tiga bulan sebelum Kevin meninggal dunia, dua memberitahu saya
bahawa pemimpin itu adalah ‘lelaki dahsyat’ dan isterinya adalah lebih
dahsyat ,” katanya sambil menambah mereka berdua berkomunikasi dalam
bahasa Malayalam sepanjang perbualan telefon itu.
“Kevin takut perbualan kami ‘dirakam’, oleh itu kami bercakap dalam bahasa ibunda kami,” katanya.
Charles berkata, dia juga ‘sangat tidak puas hati’ dengan laporan bedah siasat oleh Hospital Kuala Lumpur.
Katanya, laporan pertama mendapati Kevin kemungkinan mati kerana lemas.
“Ini membuatkan saya ketawa kerana hanya ada satu baris dalam laporan itu. Ia tidak menjelaskan lebih lanjut,” katanya.
Oleh itu, dia memfailkan perintah mahkamah untuk bedah siasat kali
kedua. Pengurusan kes itu akan ditetapkan pada 4 Disember depan.
Pada 28 September lalu, seorang anggota tentera dan enam lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana membunuh Kevin.
“Saya tidak percaya Kevin telah dibunuh kerana dia mendakwa kakitangan kerajaan terlibat dengan rasuah.
“(tetapi) Saya percaya dia mati kerana dia ‘tahu terlalu banyak’
mengenai perbuatan jenayah oleh mereka yang berkedudukan tinggi.
FMT
FMT
Diharapkan pihak yg bertanggungjawab , melaksanakan AMANAH Dan sejujurnya,.jangan pandang kepada sesaorang ,. Pandang lah kepada semua,.biarkanlah yg bersalah akan menerima akibatnya,...
ReplyDelete