25/11/15
Setiap minggu program realiti Gegar Vaganza 2
(GV 2) pasti menjadi trending di laman sosial dan menjadi bualan hangat
para peminatnya.
Pada konsert minggu keenam baru-baru ini, pengacara GV2 Nabil Ahmad dan Jihan Muse turut mengumumkan rating program ini yang mencecah sehingga 5 juta penonton.
Berbeza dengan musim pertama tahun lalu, impak pertandingan ini lebih terasa kali ini.
Ramai berpendapat GV2 benar-benar berjaya mengembalikan kegemilangan sebahagian besar bintang yang menyertainya.
Berdasarkan perbualan di laman sosial, kami senaraikan lima sebab mengapa GV2 menjadi trending musim ini.
1. Penyertaan penyanyi kelas A

Majoriti peserta tahun ini adalah penyanyi yang berada dalam kelas
tersendiri dan bukannya one hit wonder. Kebanyakan daripada mereka punya
lebih daripada lima buah lagu yang menjadi siulan ramai satu ketika
dahulu. Nama mereka juga bukan calang-calang pada zaman mereka.
2. Siti Nordiana (Nana) dan Faradhiya
2. Siti Nordiana (Nana) dan Faradhiya
Tanpa mengetepikan saingan dan pengaruh dari peserta lain, dua nama
ini memberi impak yang bukan sedikit kepada penonton. Ramai yang melihat
kedua-dua mereka seperti baharu keluar dari kepompong; Nana berjaya
meletakkan dirinya jauh daripada identiti penyanyi remaja, manakala
Faradhiya membuatkan penonton kembali mengingati bahawa forte asalnya
adalah nyanyian.
3. Nabil dan Jihan
3. Nabil dan Jihan
Gandingan dua pengacara ini menerima reaksi yang bercampur baur
daripada penonton di peringkat awalnya. Nabil terutamanya, sering
dikritik gara-gara sikapnya yang gemar menyampuk ketika juri memberikan
komen. Namun hakikatnya, mereka adalah penyumbang kepada kemeriahan GV2.
Ini terbukti apabila penonton mula panik selepas pihak produksi
menggertak untuk menyingkirkan kedua-dua mereka.
4. Juri
Penglibatan juri juga antara faktor yang membangkitkan 'seri' GV2. Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS, pernah digeruni kerana ketegasan dan personalitinya yang nampak garang. Namun itu semua cerita lama kerana semenjak kebelakangan ini, beliau tampak lebih relaks, sekaligus menyerlah sisi humour yang dimilikinya.
5. Pemilihan lagu

Konsep Gegar Vaganza yang lebih mengutamakan lagu-lagu yang pernah
popular di era 80an dan 90an sememangnya menjadi. Lagu-lagu di dua zaman
itu kebanyakannya malar segar, dan sudah tentu membuatkan penonton
ternanti-nanti gaya persembahan dan nafas baharu dari peserta yang
bertanding.
AstroGempak
AstroGempak
No comments:
Post a Comment