Charles Suresh Morais berkata beliau akan berunding dengan peguamnya
sebelum menentukan tindakan selanjutnya berhubung dakwaan bahawa beliau
menerima pen drive daripada abangnya, seorang timbalan pendakwaraya
sebelum dibunuh dengan kejam.
"Saya bercadang untuk bertemu dan
bercakap dengan peguam saya minggu depan. Soalan-soalan ini ditanya
memerlukan khidmat peguam untuk perundingan," kata Charles kepada
Malaysiakini melalui kiriman emel semalam, ketika ditanya mengenai
langkah beliau seterusnya berhubung pen drive kontroversi itu," katanya.
Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan dirinya jika pulang ke Malaysia ketika ini.
Charles
berkata beliau akan mendapatkan pandangan peguammnya sama ada untuk
mengambil tindakan terhadap adik bongsunya Richard Dilaan Morais dan
"individu lain yang terlibat".
Kedua-dua saudara itu bersengketa
mengenai kematian Kevin, dan saudara yang paling muda turut menyerang
beliau berhubung pendedahan akuan bersumpah (SD) kontroversi yang dibuat
Charles pada Khamis yang mendakwa wujud konspirasi dalam pembunuhan
Kevin.
Dalam SD Charles itu, beliau mendakwa bahawa Kevin telah
menceritakan kepadanya bahawa dia menguruskan kes yang melibatkan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.
Kenalkan nama saya Pak ,Beny Sutomo betul-betul mengakui bahwa ramalan AKI SAIF bener-bener top dan di jamin “JITU” 100% tembus adapun ramalan ini di dapat melalui “RITUAL KHUSUS” jadi anda jangan ragu-ragu lagi untuk mengikuti ritual AKI SAIF karena nomor ritual AKI SAIF meman selalu tepat dan terbukti, jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan HUBUNGI/SMS di ((( 081355048468))) dan cukup bergabung dengan AKI SAIF untuk menyelesaikan syaratnya anda sudah bisa mendapatkan angka 2D 3D 4D yang bisa merubah nasib anda sekeluarga karna saya sudah membuktikanya 3X putaran bener-bener langsung tembus dan kini sekarang giliran anda Semua untuk membuktikan Trima Kasih.
ReplyDelete