28 November 2015
KUANTAN – “Jika dahulu tak dapat barang (dadah), memang rasa rindu nak
perkena. Tetapi sekarang, saya sudah benci pada benda (dadah) tersebut
yang membuatkan hidup tidak tentu hala dahulu,” kata Azman, 30 (bukan
nama sebenar).
Menceritakan pengalaman terjebak dengan najis dadah, dia yang baru
berusia 20 tahun ketika itu terpengaruh dengan rakan sekampung yang
merupakan penagih dadah.
Menurutnya, pengalaman pertama dia terjebak adalah ketika malam Merdeka
10 tahun lalu yang hanya berniat suka-suka dengan kawan-kawan.
“Pada malam merdeka itu, saya mula belajar menghisap ganja. Memang
tiada sebab yang munasabah saya berbuat demikian hanya kerana mahu
berseronok semata-mata.
“Selepas ganja, saya beralih pula pada dadah jenis syabu, pil kuda,
heroin dan lain-lain lagi,” katanya yang merupakan penghuni Rumah
Perlindungan Casa Villa Drugs Intervention Community (DIC) .
Azman yang dipenjarakan selama 14 bulan memberi keinsafan kepadanya
untuk berubah dan mahu menjadi individu normal seperti orang lain.
“Saya berfikir sendiri sampai bila mahu jadi penagih. Walaupun pernah
beberapa kali rasa ingin insaf tetapi terjebak semula, kali ini saya
tekad dan alhamdulillah, saya sudah benci dengan dadah,” katanya yang
merupakan anak keenam dari 12 adik beradik.
Sementara itu, bagi Rozita, ,41 (bukan nama sebenar) berkata, akibat
perceraian ibu bapa, anak sulung daripada lima beradik ini mula mengenal
dadah ketika berusia 25 tahun.
“Mula-mula saya cuba dadah yang ringan-ringan dahulu daripada pil
khayal, ganja, morfin, syabu sehingga heroin. Semua jenis dadah ini
mempunyai kesan yang berlainan menyebabkan saya ketagihan dan rindu.
“Keluar masuk penjara dan pusat pemulihan memang menjadi rutin saya
sejak 13 tahun lalu. Rasa ingin insaf datang dari diri sendiri yang
akhirnya membuatkan saya mula mencari tempat pemulihan.
“Saya dikurung selama sebulan dan ketika itu, walaupun sakit (gian)
datang, saya tanggung sendiri dalam keadaan terketar-ketar. Lama
kelamaan saya boleh kawal diri dan jika ada yang pelawa saya dadah
sekarang ini, saya tidak akan menyentuhnya lagi,” kata Rozita yang kini
merupakan petugas di Pusat Pemulihan Casa Femina DIC, Kuantan.
Azman dan Rozita ditemui Sinar Harian ketika pertandingan futsal
anjuran Kelab Kebajikan dan Khidmat Sosial Jabatan Fisioterapi Jabatan
Kesihatan, kelmarin.
Jurupulih Perubatan Fisoterapi, Armanuzi Ariffin, berkata, program yang
dianjurkan tersebut merupakan salah satu daripada program ‘Kuantan
Getiing to Zero (HIV) bertujuan mendekatkan bekas dan penagih dadah
kepada masyarakat.
Kenalkan nama saya Pak ,Beny Sutomo betul-betul mengakui bahwa ramalan AKI SAIF bener-bener top dan di jamin “JITU” 100% tembus adapun ramalan ini di dapat melalui “RITUAL KHUSUS” jadi anda jangan ragu-ragu lagi untuk mengikuti ritual AKI SAIF karena nomor ritual AKI SAIF meman selalu tepat dan terbukti, jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan HUBUNGI/SMS di ((( 081355048468))) dan cukup bergabung dengan AKI SAIF untuk menyelesaikan syaratnya anda sudah bisa mendapatkan angka 2D 3D 4D yang bisa merubah nasib anda sekeluarga karna saya sudah membuktikanya 3X putaran bener-bener langsung tembus dan kini sekarang giliran anda Semua untuk membuktikan Trima Kasih.
ReplyDeleteKenalkan nama saya Pak ,Beny Sutomo betul-betul mengakui bahwa ramalan AKI SAIF bener-bener top dan di jamin “JITU” 100% tembus adapun ramalan ini di dapat melalui “RITUAL KHUSUS” jadi anda jangan ragu-ragu lagi untuk mengikuti ritual AKI SAIF karena nomor ritual AKI SAIF meman selalu tepat dan terbukti, jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan HUBUNGI/SMS di ((( 081355048468))) dan cukup bergabung dengan AKI SAIF untuk menyelesaikan syaratnya anda sudah bisa mendapatkan angka 2D 3D 4D yang bisa merubah nasib anda sekeluarga karna saya sudah membuktikanya 3X putaran bener-bener langsung tembus dan kini sekarang giliran anda Semua untuk membuktikan Trima Kasih.
ReplyDelete