30/11/15
Lawyers for Liberty (LFL) mahu polis membatalkan niat mereka untuk
menyoal peguam Americk Sidhu berhubung akuan bersumpah (SD) anak guamnya
yang ‘panas’.
Pengarah Eksekutif LFL, Eric Paulsen hari ini
memberi amaran bahawa tindakan seumpama itu adalah satu bentuk gangguan
terhadap seorang peguam yang semata-mata melaksanakan tugas mewakili
anak guamnya.
"Americk, seperti mana-mana peguam lain, mesti
dibenarkan menjalankan kerja-kerjanya dengan bebas dan tanpa gangguan
yang tidak wajar.
"Kami
juga mahu pihak polis mengiktiraf dan menghormati fungsi penting yang
dimainkan oleh peguam dalam menegakkan kedaulatan undang-undang dan
hak-hak perlembagaan, termasuk hak mendapatkan khidmat undang-undang
seperti yang dijamin oleh Perkara 5, Perlembagaan Persekutuan," kata
Paulsen dalam satu kenyataan.
Americk dijangka disoal siasat oleh
polis esok berhubung SD yang dibuat oleh anak guamnya, Charles Suresh
Morais berhubung pembunuhan abangnya, timbalan pendakwa raya kanan Kevin
Anthony Morais.
Pemilik rangkaian hotel yang berpangkalan di
Amerika Syarikat itu melarikkan dirinya dari Malaysia, tidak lama lagi
selepas mendedahkan kandungan SD itu kepada media pada Rabu lalu.
Sementara
itu, Paulsen berkata langkah untuk menyiasat peguam yang mewakili anak
guamnya adalah serangan serius ke atas kebebasan Bar dan prinsip asas
hak istimewa peguam-anak guam, di mana semua peguam terikat.
"Ini
adalah asas yang semua komunikasi dan rundingan antara peguam dan anak
guam mereka dalam hubungan profesional adalah sulit dan suatu
keistimewaan.
"Di samping itu, peguam tidak boleh dikaitkan dengan anak guam dan tindakan mereka ketika melaksanakan tugasnya.
"Kerajaan
mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa piawaian antarabangsa
seperti Prinsip Asas Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Peranan Peguam
(1990) dipatuhi," katanya.
Hello, Saya Puan Heather Putih, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
ReplyDelete(heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.
Terimakasih banyak MBAH karna melalui jalan togel ini saya sekaran sudah bisa melunasi semua hutang2 orang tuasaya di BANK bahkansaya juga sudah punya warung makan sendiri itu semua berkat bantuan MBAH SURYO yang telah membarikan angka 4Dnya kepada saya dan ALHAMDULILLAH berhasil,kini saya sangat bangga pada diri saya sendiri karna melalui jalan togel ini saya sudah bisa membahagiakan orang tua saya..jika anda ingin seperti saya HUB: MBAH SURYO 0823-4299-7888 nomor ritual MBAH SURYO memang selalu tepat dan terbukti..silahkan anda buktikan sendiri...
ReplyDelete