REMBAU – Seorang isteri terkejut apabila terlihat suaminya, Anuar
Haron, 27, tergantung di alang rumah sebaik meninjau ke dalam rumah
melalui tingkap hadapan rumah mereka di Kampung Orang Asli Ulu Chembong,
di sini, semalam.
Sinar Harian difahamkan, dalam kejadian berkenaan, isteri mangsa, Are
Syakdan, 25, dan tiga anak berusia setahun sembilan bulan hingga 9 tahun
bermalam di rumah saudara mereka yang terletak selang beberapa rumah
sahaja.
Menurut Tok Batin Kampung Orang Asli Ulu Chembong, Lebat Johor, dia
didatangi isteri mangsa ketika berhenti minum di sebuah kedai
berhampiran setelah pulang dari kebun lebih kurang jam 9.25 pagi.
“Are bagi tahu nampak suaminya tergantung bila tinjau dari tingkap.
Saya terkejut sebab belum pernah lagi berlaku kejadian sebegini sejak
kampung ini dibuka hampir 80 tahun lalu.. saya terus ke rumah mangsa.
“Saya cuba buka pintu tetapi dikunci dari dalam. Jadi saya hanya dapat
tinjau dari tingkap depan rumah dan nampak mangsa tergantung dengan
tali terjerut di lehernya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Lebat berkata, sejak dari malam semalam (kelmarin) kedengaran bunyi muzik yang agak kuat dipasang dari rumah mangsa.
“Memang Anuar sering buka lagu kuat-kuat dan saya dah biasa dengan
bunyi ni.. cuma saya tak sangka dia akan buat seperti ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif
ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan mengklasifikasikan
kes sebagai mati mengejut.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.
No comments:
Post a Comment