27/11/15
Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal berkata, Umno bukan
dimiliki oleh seorang ahli dan mengingatkan bahawa tidak lama dulu
presiden parti itu pernah menyuarakan bahawa Umno perlu pembaharuan.
"Umno
adalah hak kepada lebih tiga juta ahli yang telah bersama-sama
mempertahankan parti keramat sejak sekian lamanya," tegasnya.
Beliau membuat peringatan itu sebagai respons kepada pengumuman mengejutkan
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak bahawa perhimpunan agung
tiga sayap parti itu tidak akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden Umno
Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti lazimnya.
"Tidak lama dulu
presiden parti pernah menyuarakan dan mahukan supaya Umno perlu reform,
setiap ahli parti di peringkat akar umbi perlu lakukan perubahan demi
perubahan, bagi memastikan Umno ini kekal sebagai sebuah parti yang
sentiasa relevan dengan peredaran masa, mampu menarik minat orang muda
dan sebagainya.
"Tetapi sayangnya proses pembaharuan ini tidak lengkap dan tidak berlaku di peringkat bawahan sahaja.
"Sebaliknya
ia perlukan komitmen dan juga sokongan di setiap peringkat, terutama di
peringkat atasan yang mempunyai kemampuan menentukan hala tuju parti
keramat ini," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Katanya
kalau itulah kehendak ketua-ketua sayap tersebut, maka beliau hormati
keputusan kolektif tersebut, "tetapi sekurang-kurangnya takkanlah
timbalan presiden dan naib-naib presiden tidak boleh berucap di dalam
penggulungan?"
Berikut adalah kenyataan penuh Shafie:
Dalam
menghormati keputusan Majlis Tertinggi yang diadakan baru-baru ini, saya
berpandangan adalah tidak wajar ketetapan yang telah dilakukan oleh
barisan Majlis Tertinggi yang secara terang menidakkan tradisi yang
telah menjadi amalan Umno selama ini di mana ucapan timbalan presiden di
dalam perasmian sayap-sayap itu ditiadakan.
Saban tahun mesyuarat
agung Umno yang diadakan setahun sekali ini biasanya akan menghimpunkan
ahli-ahli Umno dari semua peringkat akar umbi dari seluruh pelusuk
negara. Adalah menjadi kebiasaan juga bagi ahli-ahli Umno ini untuk
mendengar ucapan, pandangan, dan harapan bukan hanya dari presiden
parti, bahkan suara akar umbi, termasuk timbalan presiden parti,
naib-naib presiden dan juga para perwakilan.
Sebagai parti
terbesar negara, kita tidak mahukan hanya ahli Umno sahaja yang terkesan
dengan segala inisiatif dan juga agenda yang bakal dilakukan,
sebaliknya kita juga mahu supaya apa yang dilontarkan boleh didengari
tidak hanya oleh ahli Umno bahkan kita juga mahu jutaan rakyat Malaysia
yang berada di luar dewan mendengar dan seterusnya menyokong kita.
Saya
masih ingat semasa pertama kali saya mengikut ayahanda saya Tun Sakaran
ke perhimpunan agung Umno pada tahun 1970-an di Hotel Hilton, tempat
persidangan pada ketika itu bukan sahaja dipenuhi dengan asap rokok,
malahan halwa telinga kita disajikan dengan ucapan-ucapan yang bernas,
walaupun ada juga teguran-teguran lantang yang dibuat, tetapi saya dapat
lihat setiap ahli Umno yang hadir termasuk barisan pemimpin tertinggi
parti menerima setiap bait ucapan dan teguran itu dengan berlapang dada.
Setiap
teguran yang dibuat pasti ianya untuk penambahbaikan dan juga asas
kepada kekuatan parti terbesar negara ketika ini. Umno yang menjangkau
usia 70 tahun sepatutnya lebih terbuka dan tidak hanya inklusif untuk
kepentingan individu-individu tertentu. Umno bukan dimiliki oleh seorang
ahli, Umno adalah hak kepada lebih 3 juta ahli yang telah bersama-sama
mempertahankan parti keramat sejak sekian lamanya.
Walaubagaimanapun,
kalau itulah kehendak ketua-ketua sayap yang lebih arif tentang
perjuangan dan memahami perjuangan Umno lebih daripada pemimpin yang
lebih berpengalaman, saya hormati keputusan kolektif tersebut, tetapi
sekurang-kurangnya takkanlah timbalan presiden dan naib-naib presiden
tidak boleh berucap di dalam penggulungan?
Saya yakin dan pasti
ahli Umno peringkat akar umbi mahu mendengar, meniliti, dan menilai
setiap apa yang ingin disampaikan oleh barisan pimpinan ketua-ketua
sayap, naib-naib presiden, timbalan presiden dan seterusnya presiden
parti sendiri. Saya percaya ahli Umno mampu membezakan mana yang baik
untuk kekuatan serta penambaikan kepada parti dan sebaliknya.
Tidak
lama dulu presiden parti pernah menyuarakan dan mahukan supaya Umno
perlu reform, setiap ahli parti di peringkat akar umbi perlu lakukan
perubahan demi perubahan, bagi memastikan Umno ini kekal sebagai sebuah
parti yang sentiasa relevan dengan peredaran masa, mampu menarik minat
orang-orang muda dan sebagainya.
Tetapi sayangnya proses
pembaharuan ini tidak lengkap dan tidak berlaku di peringkat bawahan
sahaja, sebaliknya ia perlukan komitmen dan juga sokongan di setiap
peringkat, terutama di peringkat atasan yang mempunyai kemampuan
menentukan hala tuju parti keramat ini.
Malaysiakini
Kenalkan nama saya Pak ,Beny Sutomo betul-betul mengakui bahwa ramalan AKI SAIF bener-bener top dan di jamin “JITU” 100% tembus adapun ramalan ini di dapat melalui “RITUAL KHUSUS” jadi anda jangan ragu-ragu lagi untuk mengikuti ritual AKI SAIF karena nomor ritual AKI SAIF meman selalu tepat dan terbukti, jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan HUBUNGI/SMS di ((( 081355048468))) dan cukup bergabung dengan AKI SAIF untuk menyelesaikan syaratnya anda sudah bisa mendapatkan angka 2D 3D 4D yang bisa merubah nasib anda sekeluarga karna saya sudah membuktikanya 3X putaran bener-bener langsung tembus dan kini sekarang giliran anda Semua untuk membuktikan Trima Kasih.
ReplyDelete