KOTA BHARU- Kerajaan disaran mewujudkan cukai terhadap penjualan rokok
elektronik sama seperti cukai rokok bagi mengelakkan penjualan secara
tidak sah (underground).
Presiden Pertubuhan Peniaga Vape Melayu Malaysia (PPVM) Cawangan
Kelantan, Mohd Azlee Che Mohd Zaid berkata, walaupun akur dengan
keputusan kerajaan negeri tidak membenarkan penjualan vape, pihaknya
berharap dengan kewujudan cukai akan memberikan impak lebih positif
terhadap peniaga vape sama seperti rokok.
“Memang kami turut menanggung kerugian atas keputusan terbabit yang
diputuskan kerajaan negeri, namun masih ada negeri yang diberikan lesen
untuk menjual vape jadi kerajaan pusat perlu mengkaji isu ini.
“Kami akur dengan keputusan lerajaan negeri dan kini hanya memohon
tempoh selama enam bulan bagi menghabiskan stok bekalan alat peranti
vape dan perisa sebelum kami terpaksa menutup peniagaan terbabit,”
katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.
Mohd Azlee berkata, sebelum ini dia mampu menjual 1,000 hingga 5,000
alatan vape kepada pelanggan yang datang ke kedainya, namun jualan
merosot selepas penjualan vape tidak dibenarkan dan hanya mampu menjual
melalui dalam talian dengan kuantiti dua hingga tiga alat peranti dan
perisa yang dipesan pelanggan.
“Buat masa ini kami sedang berusaha menghabiskan stok yang ada melalui
lelongan Jumaat lalu dan hanya mampu memperoleh RM40,000 sahaja walaupun
sasaran kami pada malam itu adalah RM200,000 yang mengumpulkan hamper
500 peniaga vape di negeri ini.
“Kami juga turut kerugian RM40,000 atas lelongan terbabit, namun
keadaan itu lebih baik bagi menghabiskan stok vape berbanding jika kami
terpaksa menyimpan stok berkenaan tanpa dapat dijual,”katanya.
Azli berkata, kini pihaknya masih menunggu untuk memohon lanjutan
tempoh bagi menghabiskan stok vape dalam tempoh enam bulan berbanding
tempoh 14 hari seperti diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan
Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Abdul
Fattah Mahmood sebelum ini.
No comments:
Post a Comment